Thursday, 23 December 2021

Banjir Dan Pembangunan Mesra Alam: Beranikah Kita Untuk Berubah?

 


Terima kasih pada Tinta Minda BERNAMA kerana menerbitkan artikle ini. Artikle boleh dirujuk disini: https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2038296


Banjir besar pada penghujung 2021 yang berlaku di lapan negeri iaitu Kuala Lumpur, Selangor, Pahang,Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Perak dan Terengganu amat luar biasa dan membimbangkan. Ribuan orang awam dipindahkan dan setakat 26 Disember lepas, 47 orang awam terkorban dan beberapa lagi masih hilang.

Media menyifatkan banjir kali ini antara banjir terburuk dalam sejarah Malaysia selain bah besar pada 2014. Kejadian banjir ini juga tidak diduga berlaku di kawasan Lembah Klang dan Shah Alam, di mana kedua-dua kawasan tersebut jarang mengalami masalah banjir besar sehingga paras air naik sehingga ke paras bumbung rumah. Musibah banjir kali ini juga menyebabkan masyarakat terutama penduduk di kawasan yang tidak pernah mengalami banjir berasa panik akibat kelewatan pihak penyelamat dalam menghulurkan bantuan.

Faktor-faktor kepada kejadian banjir

Banjir besar ini terjadi berikutan taburan hujan dengan keamatan yang tinggi dan berterusan berlaku di kebanyakkan kawasan Semenanjung Malaysia. Menurut Ketua Setiausaha Kementererian Alam Sekitar dan Air (KASA), Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang, taburan hujan ketika berlakunya banjir ini dengan amat luar biasa dengan Kala Kembali Purata (KKP) melebihi 100 tahun dan hujan yang turun melebihi taburan hujan untuk sebulan, iaitu melebihi 247 mm di sekitar Lembah Klang.

Kebiasaanya, taburan hujan tinggi hanya berlaku di kawasan Timur Semenanjung Malaysia sahaja sepanjang fasa peralihan Monsun Timur Laut ini. Namun, satu fenomena lekukan tropika terbentuk dan melalui bahagian tengah Semenanjung seperti Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang dari Laut China Selatan ke Selat Melaka. Lekukan ini terbentuk akibat tekanan udara atmosfera yang rendah di Selat Melaka yang menyebabkan angin monsun yang membawa hujan lebat bergerak melintasi Banjaran Titiwangsa ke kawasan barat Semenanjung. Lazimnya, angin monsun tersebut dihalang atau beransur menghilang apabila melalui Banjaran Titiwangsa.

Situasi banjir ini turut diburukkan dengan fenomena air pasang di sekitar persisiran pantai Selangor. Air yang mengalir tidak dapat ke laut dan tertahan di muara sungai akibat air pasang. Perkara ini menyebakan air melimpah ke kawasan rendah.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menyatakan, sebanyak 134 pintu air di muara sungai terpaksa ditutup akibat kejadian air pasang, bagi mengelakkan kejadian banjir ini menjadi lebih buruk. Faktor ini menjadi antara faktor utama yang menyumbang kepada kejadian banjir besar yang berlaku sebelum ini selain taburan hujan yang tinggi, sepertimana banjir besar yang berlaku pada tahun 2014 di sekitar persisiran pantai timur Semenanjung Malaysia.

Ramai tidak sedar, peningkatan banjir yang berlaku di Malaysia mungkin disebabkan kesan perubahan iklim akibat pemanasan global. Pencairan air di Kutub Utara dan Kutub Selatan amat membimbangkan akibat pemanasan global dan seterusnya menyebabkan ketidakstabilan pada iklim global dan peningkatan air laut global. Di negara kita, peningkatan luar biasa taburan dan keamatan bagi hujan, banjir, serta kemarau merupakan kesan secara langsung akibat perubahan iklim global ini. Semasa banjir yang berlaku, terdapat satu taufan yang melandai Filipina dan Vietnam, iaitu Taufan Rai yang membawa angin dan taburan hujan yang tinggi di negara-negara tersebut. Walaupun Jabatan Meterologi Malaysia menyangkal hubungan kait antara banjir buruk yang berlaku di Malaysia dan Taufan Rai, ianya perlu dikaji sebaiknya bagi memastikan negara kita bersedia jika menerima impak daripada taufan tersebut dimasa hadapan.

Mengatasi dan Mitigasi Masalah Banjir

Semua masyarat di Malaysia bersimpati dengan mangsa kejadian banjir ini yang menghadapi pelbagai kesukaran dan kerugian. Oleh itu, tindakkan dan langkah yang sesuai perlu diambil bagi mengatasi dan mitigasi masalah ini daripada berlaku. Masyarakat awam, kerajaan, institusi awam dan penyelidikan, serta swasta boleh berganding bahu bagi menjayakan langkah bagi mengatasi kejadian banjir. Diketahui, masalah banjir ini tidak boleh dielak, namun jika langkah yang sewajarnya diambil, ianya dapat mengurangkan kesan banjir jika berlaku.

Langkah terbaik untuk mengatasi isu banjir ialah perancangan pembangunan yang mesra alam dan mengambil kira faktor banjir serta perubahan iklim. Kita dapat lihat, pembangunan pesat berlaku di sekitar Lembah Klang tanpa mengambil kira pembangunan lestari serta pemeliharaan alam sekitar. Kawasan tadahan air semula jadi daripada hutan makin mengecil akibat pembangunan yang tidak terkawal menyebabkan tragedi banjir berlaku setiap kali musim hujan dikawasan bandar dan muara sungai.

Dalam al- Quran, Allah SWT jelas menyatakan bahawa manusia tidak dilarang, bahkan dipermudahkan dan digalakkan untuk memanfaatkan hasil bumi.

Oleh itu, pembangunan masa hadapan perlu mengambil kira segala faktor banjir. Manual Saliran Mesra Alam (MSMA) yang diterbitkan oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS) perlu diwajibkan kepada semua pembangunan baru tidak mengira projek kerajaan ataupun swasta.

Rekabentuk pemparitan dan kolam tadahan, serta pembangunan lestari seperti dicadangkan dalam MSMA amat berguna bagi mengatasi atau mitigasi masalah banjir ini. Sistem tadahan air yang sedia ada di kawasan pembangunan dapat diubahsuai dengan konsep saliran mesra alam. Seterusnya, pembangunan lestari seperti ini dapat mengurangkan kos yang berbilion ringgit yang ditanggung oleh pihak berwajib bagi menjayakan projek-projek rancangan tebatan banjir yang berskala besar.

Di samping itu, rekabentuk bangunan dan penempatan perlu mengambil kira faktor paras banjir termasuk paras akibat perubahan iklim dalam pembangunan masa hadapan. Menurut Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo, kebanyakkan kawasan perumahan dan perindustrian di Lembah Klang dibina di kawasan ‘dataran banjir’.

Kawasan dataran ini sepanjang pesisir Sungai Klang dan Sungai Langat amat berharga dan stategik bagi pembangunan. Malah, ada kawasan pembangunan tiada rizab sungai. Dataran banjir dan rizab sungai ini merupakan kawasan sepatutnya kawasan semula jadi yang dilimpahi dengan air apabila sungai tidak dapat menampung air yang banyak.

Bayangkan, jika pembangunan dibuat pada kawasan tersebut? Kawasan tersebut berpontensi dan berisiko tinggi untuk berlakunya banjir. Tambahan, jika ada projek tambatan, ianya menyukarkan pihak berwajib untuk membuat penambahbaikan di sepanjang sungai tersebut. Oleh itu, sebarang pembangunan dan penempatan baru perlu mengambil faktor ini bagi mengelakkan orang awam memiliki aset dan kediaman yang berisiko tinggi untuk banjir.

Bagi pembangunan sedia ada, kawasan berisiko untuk banjir perlu dianalisa dan dipetakan. Sistem saliran sedia ada perlu diselenggara dan dibaiki. Banyak banjir kilat berlaku disebabkan sistem saliran sedia ada tidak diselenggara dengan baik serta saliran tersumbat dengan sampah-sarap. Pembinaan kolam tadahan boleh juga dicadangkan bagi mengatasi masalah banjir kilat.

Namun, jika banjir besar seperti ini terjadi, projek tambatan banjir secara holistik dan menyeluruh perlu diambil oleh pihak berwajib, kerana banjir besar bersifat lebih meluas dan pelbagai faktor perlu diambil kira. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) bagi pandangan penulis, amat pakar dalam bidang teknikal ini.

Kesimpulan

Kita banyak boleh belajar daripada kejadian banjir besar ini yang berlaku di negara kita, sehingga menggelamkan banyak kawasan perumahan dan komersial di Lembah Klang. Cuaca yang tidak menentu seperti taburan hujan yang tinggi, faktor perubahan iklim akibat pemanasan global, serta perubahan ‘guna tanah’ bagi tujuan pembangunan menyebabkan antara faktor-faktor utama kepada kejadian banjir yang berlaku. Semua pihak perlu berani berubah ke arah masa hadapan yang sejahtera dan mengambil langkah yang produktif bagi mencapai bebas banjir. Namun, adakah kita berani berubah?


Wednesday, 8 December 2021

Display the spatial maps with the same colour scale using ArcGIS

I have two raster images which are the spatial data. I want to display those images or we call the spatial map with the same colour scale as Figure 1. As shown in Figure 1, we can see that the colour scale at A and B are the same. So, how do we do it?

Figure 1

In ArcGIS, go to the first spatial map (RCP 85 2080 2.tif) that you want their scale as the reference scale. Then, right-click and select properties.

In the layer properties, select Symbology (Figure 2, Step 1). Then, select Classified. Pick the colour ramp that you want. For this case, I select 10 classes. After that, click Classify as shown in Figure 2 at Step 2.












Figure 2



In the Classification menu, change the classification method from Natural Breaks (Jenks) to Manual as shown in Figure 2 in Step 3. Then, click the Ok button.

Select our second spatial map (RCP 85 2050 2.tif). Then, right-click and select properties.

In the layer properties, select Symbology (Figure 2, Step 1). Select Import as shown in Figure 3 at Step 4.

Figure 3

Menu of Import Symbology will display. Then, select layer: RCP 85 2080 2.tif, which is our first spatial map as shown in Figure 3 in Step 5. After that, click Ok (Figure 3, Step 6). Lastly, click Ok to exit the layer properties.

Therefore, your spatial maps will have the same colour scale as shown in Figure 4.












Figure 4

Sunday, 28 November 2021

Clip raster by polygon in ArcGIS

 This is a good tutorial on how to clip the raster by the polygon using ArcGIS.

ArcToolbox > Spatial Analyst Tools >  Extraction > Extract by Mask

Wednesday, 15 September 2021

Site Visit & Measurement along Sg Kelantan

 
Differences between two scenarios at the same point, Pasar Besar Kuala Krai. The first picture and second pictures are during the normal and the 2014 Flood Event, respectively.

8th – 15th Sep 2021 (8 days), I go to Sg Kelantan for a site visit and measurement. With two units of the drone and 1 unit of Emlid Reach RS+ (GPS), I go to Sg Kelantan by my car from Perlis. The primary purpose of the visit is to look my own eye, on how the Sg. Kelantan looks like and measures the flood level during the 2014-major flood event. I will use the measurement data to verify the hydrodynamic modelling that I develop to simulate the flood events along with Sg. Kelantan.

For this visit, several points have been selected along with the Sg. Kelantan. The visit started at two points near Guillemard Bridge (Tanah Merah), then three points at Kuala Krai. One point at Pasir Mas and lastly, one point at the downstream of Sg Kelantan. Therefore, seven total points have been identified. I cannot extend the measurement points due to the own safety and local regulations since our measurement is during the National Recovery Plan (NCP). Kelantan during this time under the 2nd Phase of NRP.

Suppose the measurement activities along with Sg. Kelantan was conducted by my students: Final Year Project (FYP) and postgraduate students. However, my students cannot measure since interstate travel is not permitted due to the pandemic of COVID19. Therefore, I decided to go on my own to the site before the funding of this project ended in November. Besides, the end of the year is not a suitable time to go to Kelantan since the area will face heavy rain due to the monsoon season, and the possibility of a flood occurring is higher. Therefore, I don’t want to take the risk to the site during the rainy season, and September should be a nice time for the measurement.

 


Sunday, 22 August 2021

Bencana Banjir di Yan, Kedah. Salah siapa?

 

Terkejut dan tidak dijangka, tempat manda-mandi kami sekeluarga sejak saya berkhidmat di universiti Utara Semenanjung Malaysia, iaitu kawasan peranginan di sekitar Yan, Kedah, telah dibadai “tsunami” akibat kesan daripada fenomena kepala air yang bermula di Gunung Jerai pada 20 Ogos 2021. Kawasan yang indah dan cantik, serta damai dari hiruk piruk kota, dengan sekelip mata hilang dengan kejadian bencana ini. Media melaporkan, beberapa buah kampung di sekitar kaki Gunung Jerai seperti di daerah Yan, Gurun dan Merbok dilanda banjir kilat.

Fenomena kepala air seteruk ini yang mengorbankan tiga nyawa dan tiga lagi masih hilang (ketika artikle ini ditulis), tidak pernah berlaku dalam sejarah dan dikatakan sungai sedia ada yang kecil melebar keluasanya dan menjadi lebih deras berbanding sebelumnya, sehingga meranap beberapa kawasan peranginan sepanjang sungai dan air terjun berhampiran Gunung Jerai, seperti Taman Rekreasi Titi Hayun dan Pusat Peranginan Alang Kenari. Beberapa kawasan di kaki Gunung Jerai turut mengalami tanah runtuh, akibat fenomena kepala air yang berpunca dari puncak gunung berkenaan.

Salah Siapa?

Melihat keadaan dan kejadian luar biasa “kepala air” dari puncak Gunung Jerai sehingga mengakibatkan banjir besar ini, ramai yang menunding jari kepada isu pembalakan dan kuari yang dikatakan aktif berjalan disekitar kaki gunung tersebut. Mungkin benar atau mungkin tidak penyataan ini. Kejadian seperti ini perlu dilihat secara holistik dan menyeluruh, kerana pembentukkan kadar air sungai daripada kawasan tadahan bersifat dinamik dan berkait dengan pelbagai faktor.

Menurut kenyataan media oleh Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) iaitu Datuk Seri Zaini Ujang, taburan hujan lebat luar biasa dengan keamatan yang tinggi telah berlaku disekitar Gunung Jerai dengan jumlah kumulatif tertinggi hujan bagi tempoh 1 jam adalah 91 mm serta Kala Kembali Purata (KKP) melebihi 70 tahun. Hujan lebat ini terutama hujan di kawasan puncak gunung menyebabkan limpahan air sungai, sehingga membawa halangan kayu dan pokok sepanjang laluan air sungai.  Hujan dan cuaca lembab sepanjang minggu ini disekitar kawasan utara semenanjung Malaysia, terutama kawasan yang terlibat dalam bencana ini, menyebabkan kawasan tadahan air menjadi tepu iaitu tidak dapat menyerap dan menampung dengan baik air hujan. Ditambah dengan faktor keamatan hujan yang tinggi, kemungkinan kawasan tadahan tersebut tidak dapat menampung lagi hujan yang lebat dan ianya menyebabkan fenomena kepala air.

Pembangunan dan guna tanah yang tidak sistematik seperti pembersihan kawasan hutan untuk dijadikan kawasan pertanian, pembalakan, penempatan dan bentuk aktiviti pembangunan yang lain turut menyumbang kepada faktor banjir. Kita boleh lihat kesan aktiviti pertanian secara haram kepada banjir dan tanah runtuh di Cameron Highlands, Pahang. Dalam konteks dan isu fenomena “kepala air” di kaki Gunung Jerai, kawasan puncak dan sekitar Gunung Jerai telah diwartakan sebagai Hutan Perlindungan. Oleh itu, isu melibatkan pembalakan dan penebangan hutan di kawasan Gunung Jerai bukan penyebab utama kepada fenomena kepala air yang luar biasa ini. Walau bagaimana, faktor ini tidak boleh diabaikan oleh pihak berwajib dan seharusnya kajian yang menyeluruh perlu dibuat bagi melibat kesan banjir akibat pembangunan dan guna tanah.

Langkah Mengatasi dan Mitigasi Bencana Ini 

Proses pembentukan sungai adalah dinamik dan saling berkait dengan pelbagai faktor. Kawasan pergunungan dan bukit menjadi “magnet” kepada awan dan curahan hujan yang tinggi biasanya terjadinya dikawasan pergunungan. Seharusnya, kajian yang holistik dan menyeluruh perlu dibuat bagi mitigasi permasalahan banjir dan fenomena “kepala air” daripada terjadi dikawasan kaki Gunung Jerai.

Bagi permulaan, kawasan risiko iaitu kawasan terjadinya bencana dan laluan kepala air perlu dikenalpasti melalui kajian penilaian risiko dan pemetaan. Dengan kajian ini, kita dapat mengetahui dengan jelas dimana kawasan di kaki Gunung Jerai yang akan terkesan jika fenomena “kepala air” berlaku lagi. Ini dapat memberi langkah awal kepada penduduk setempat yang terjejas dengan masalah ini. Disamping itu, kajian seperti ini dapat membantu pihak bertanggungjawab bagi mengambil tindakkan awal yang berkesan bagi mengelak kejadian seperti ini berlaku sekali lagi, seperti pembinaan struktur mitigasi, perpindahan penduduk dikawasan yang berisiko dan sebagainya.

Kajian komprehensive dan menyeluruh juga perlu dijalankan bagi mengkaji punca kepada isu banjir ini, kesan kepada penduduk, serta langkah mitigasi yang sesuai bagi menghadapi fenomena ini untuk jangka masa panjang. Data-data hidrologi (seperti hujan dan kadar aliran air), topografi, parameter hidraulik, serta guna tanah bagi kawasan tadahan tersebut perlu dimodelkan dengan simulasi komputer bagi mendapatkan jawapan yang lebih tepat kepada punca berlakunya permasalahan bencana ini, seterusnya langkah berkesan dapat dibuat oleh pihak berwajib melalui hasil daripada kajian komprehensive ini. Banyak kajian-kajian seperti ini pernah dilakukan dikawasan yang lain, dan saya percaya, pihak berwajib seperti Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) amat pakar dalam bidang ini. Kita boleh lihat, bagaimana kejayaan projek-projek tembatan banjir di kawasan pembangunan pesat Kuala Lumpur yang diselia oleh JPS, yang berjaya mengawal isu banjir secara berkesan dan seterusnya mengurankan kesan banjir.

Kesimpulan

Semua pihak termasuk pihak berkuasa tempatan, universiti, syarikat swasta, serta masyarakat perlu miain peranan dan berganding bahu dalam mencari titik noktah bagi permasalahan dan isu banjir di kawasan kaki Gunung Jerai. Ekosistem alam sekitar kita yang rapuh, boleh musnah ditangan kita dan boleh mendatang kemudaran kepada kita seperti berlakunya bencana ini tanpa disangka dan cepat.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dia (yakni Allah) menurunkan air (hujan) dari langit, lalu membanjiri tanah lembah (dengan airnya) menurut kadar ditetapkan Tuhan untuk faedah makhluk-Nya.” (Al-Ra’d: 17).

Ayat ini menunjukan kadar air hujan yang turun ke permukaan bumi bersesuaian dan memberi manfaat kepada seluruh makhlukNya, termasuk manusia. Oleh itu, air membawa manfaat yang cukup besar kepada kehidupan kita dan kita seharusnya menjaga alam sekitar supaya tidak rosak. Konsep kesejahteraan alam sekitar dan penbangunan lestari perlu diamalkan, khususnya kepada pihak berwajib supaya ekosistem sedia ada terjaga dan memberi manfaat pada semua.


Artikle ini telah diterbitkan juga di ruangan Tinta Minda – BERNAMA pada 25/08/2021 10:06 pagi. Terima kasih pada editor Tinta Minda yang telah menerbitkan pandangan saya ini.

https://web15.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=1995899