Tuesday, 10 November 2026

Perisian PDF Percuma Dengan Fungsi Measurement (SuniPDF)

 


Pernahkah anda menerima lukisan atau pelan dalam format PDF dan tertanya-tanya bagaimana untuk mengukur jarak atau mengira luas terus daripada fail tersebut? Kebiasaannya, kita hanya menggunakan perisian PDF untuk melihat dokumen, tetapi sebenarnya terdapat beberapa perisian yang menawarkan fungsi yang lebih canggih.

Baru-baru ini, saya menemui satu perisian PDF yang bukan sahaja mampu memaparkan fail PDF, malah turut menyediakan pelbagai fungsi premium yang biasanya terdapat pada perisian PDF terkenal. Salah satu fungsi yang paling menarik ialah Measurement Tool atau alat pengukuran.

Apa yang menjadikan fungsi ini sangat berguna ialah keupayaannya menukarkan ukuran pada skrin kepada jarak sebenar secara automatik berdasarkan skala yang ditetapkan. Sebagai contoh, jika skala lukisan ialah 1 mm = 10 m, kita hanya perlu menetapkan skala tersebut sekali sahaja. Selepas itu, perisian akan terus memaparkan jarak sebenar tanpa perlu membuat sebarang pengiraan manual.

Perisian ini dikenali sebagai SuniPDF. Semasa artikel ini ditulis, SuniPDF boleh digunakan secara percuma dan dimuat turun melalui pautan berikut:


Jika anda kerap bekerja dengan pelan, lukisan teknikal atau peta dalam format PDF, saya cadangkan anda mencubanya sendiri.

Selamat mencuba! 😊


Monday, 9 November 2026

Perkongsian di BERNAMA: Limpahan Air MLT Perlu Dimanfaatkan Hadapi Ancaman Kemarau dan Jamin Sekuriti Makanan

Keratan daripada artikle

Alhamdulillah. Terima kasih kepada Pusat Komunikasi Korporat (terutama Puan Aida) dan BERNAMA atas jemputan dan ruang yang diberikan untuk saya berkongsi pandangan mengenai isu kemarau yang dijangka berlaku akibat fenomena Super El Niño.

Walaupun kita sedang menikmati musim hujan sempena Monsun Timur Laut, perancangan dan persediaan awal adalah penting bagi memastikan isu bekalan air dapat ditangani dengan lebih berkesan sekiranya kemarau berlaku pada masa hadapan.

Artikel penuh boleh dibaca di sini: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2631823

Tuesday, 3 November 2026

Video | Bolehkah hutan membantu menjamin bekalan air pada masa hadapan?


Kajian terkini kami meneliti bagaimana kawasan tadahan hutan tropika menyumbang kepada aliran masuk air ke empangan serta membandingkan dua pendekatan pemodelan hidrologi yang digunakan secara meluas, iaitu Soil Moisture Accounting (SMA) dan Soil Conservation Service Curve Number (SCS-CN). 

Dengan menggunakan Taman Negeri Perlis sebagai kajian kes, kami mendapati bahawa kaedah SMA memberikan hasil simulasi yang lebih baik bagi hasil air (water yield) berterusan dan aliran dasar (baseflow) semasa musim kering, menjadikannya lebih sesuai untuk penilaian sumber air jangka panjang. 

📰 Rujukan Artikel:

Hassan, Z., Samsuddin Sah, S., Kamarudzaman, A. N., Rumata, N. A., & Mansida, A. (2026). A comparative study of soil moisture accounting and soil conservation service curve number methods for modelling water yield in an ungauged tropical forest catchment. Water Practice & Technology, 21 ( 8 ), 4000-4023. 

🌳 Melindungi Hutan. Menjamin Bekalan Air. 

#KeselamatanAir #Hidrologi #PemuliharaanHutan #SumberAir #HECHMS #WaterYield #PengurusanLembanganSungai #Penyelidikan #UniMAP #Malaysia

Thursday, 10 September 2026

Jerebu Borneo: Ancaman Rentas Sempadan terhadap Malaysia

Terima kasih Tinta Minda - BERNAMA

Terima kasih Editor dan Penerbit kepada Tinta Minda dari BERNAMA kerana menerbitkan artikle saya didalam ruang mereka. Isu jerebu menjadi isu hangat sekarang, ditambah dengan letusan gunung berapi di Indonesia dan diburukkan lagi oleh musim panas akibat El Niño. Artikle penuh boleh dicapai disini: https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2604200


Monday, 31 August 2026

Empangan Timah‑Tasoh kritikal, kolam takungan alternatif perlu dipertimbang

Terima kasih MG

Terima kasih kepada editor MalaysiaGazette (MG) kerana menerbitkan pandangan saya mengenai situasi semasa di Empangan Timah‑Tasoh dengan tajuk “Empangan Timah‑Tasoh kritikal, kolam takungan alternatif perlu dipertimbang”. Artikel penuh boleh dibaca di sini: https://malaysiagazette.com/2026/08/28/empangan-timah-tasoh-kritikal-kolam-takungan-alternatif-perlu-dipertimbang/

Cadangan alternatif yang saya utarakan sebenarnya datang daripada rakan saya di Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd., yang melihat potensi besar pada Terusan Lencongan Banjir yang diselia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis. Dengan kualiti air yang baik dan aliran yang stabil, terusan ini berpotensi menjadi lokasi yang sesuai untuk pembinaan kolam takungan, seperti pendekatan yang berjaya dilaksanakan di Selangor. Namun, isu Non‑Revenue Water (NRW) di Perlis masih tinggi. 

Justeru, selain menilai cadangan kolam takungan melalui kajian terperinci, usaha meningkatkan kecekapan sistem saliran sedia ada melalui penggantian paip lama dengan paip baharu merupakan langkah yang lebih segera dan berkesan untuk mengurangkan kehilangan air. 

Thursday, 13 August 2026

Penerbitan: A comparative study of soil moisture accounting and soil conservation service curve number methods for modelling water yield in an ungauged tropical forest catchment

Screenshot daripada website jurnal

Hassan, Z., Sah, S.S. Kamarudzaman, A.N., Rumata, N.A., Mansida, A. (2026). A comparative study of soil moisture accounting and soil conservation service curve number methods for modelling water yield in an ungauged tropical forest catchment. Water Practice and Technology, 21(8), 4000-4023. https://doi.org/10.2166/wpt.2026.409 

Alhamdulillah, manuskrip yang ke-3 diindex dalam WOS yang telah ditulis oleh saya sendiri (corresponding author) telah diterbitkan oleh Water Practice & Technology. Syukur dan saya rasa gembira, hasil analisa untuk 3 tahun ini berjaya diterbitkan. Kajian projek ini bermula dengan saya menerima jemputan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Perlis (JPNPls) untuk menjalankan projek. Ketika itu, saya menerima dana industri daripada JPNPls dan juga geran dalaman daripada UniMAP untuk menjalankan projek ini. Menerusi projek ini juga, saya dapat menyelia pelajar sarjana saya ke-2, Nor Aisyah Syafiqah Nordin, serta menghasilkan sebuah buku yang bertajuk "Pemodelan Sumber Air Menggunakan Perisian HEC-HMS bagi Hutan Taman Negeri Perlis". Menerusi Aisyah, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa manuskrip di journal dan juga buku proceeding yang diindex di Scopus. 

Disebabkan banyak publikasi yang diterbitkan oleh Aisyah di kawasan Empangan Timah-Tasoh, saya rasa hasil kajian yang saya analisa sendiri seperti diterbitkan dalam buku saya tidak sesuai untuk diterbitkan untuk journal. Oleh itu, saya menganalisa semula dengan menggunakan kaedah yang baru, iaitu Soil Moisture Accounting (SMA) yang boleh dirun didalam HEC-HMS serta memerlukan data suhu. Kaedah yang lama iaitu Soil Conservation Service Curve Number (SCS-CN) yang merupakan kaedah yang biasa saya guna jika memodelkan kawasan tadahan dibandingkan dengan kaedah SMA, dan kali ini, saya cuba untuk simulasi aliran sungai atau aliran yang masuk ke empangan untuk masa yang panjang, yang kita kenali sebagai "continous modelling". 

Melalui banyak bacaan dan literatur, saya dapati SMA sesuai untuk "continuous modelling", manakala SCS-CN sesuai untuk "event-modelling". Parameter yang banyak di SMA juga membuat banyak masa saya dihabiskan untuk memahami teori dan cara mendapatkan nilai untuk setiap parameter.

Setelah manuskrip ini siap, saya mencuba nasib untuk menghantarnya ke jurnal "Water Practice & Technology". Journal ini jenis hibrid, di mana saya memilih untuk menghantar ke jurnal yang percuma (subscribe journal). Saya ingin dapatkan maklumbalas daripada process review, supaya saya boleh tambahbaik manuscript saya dan turun ke journal index oleh Scopus. Saya tidak menyangka manuskrip ini telah melewati proses review pertama. Kedua-dua panel memberikan komen yang agak banyak, namun semuanya sangat positif. Selepas saya respond dan baiki manuskrip, saya hantar semula untuk review ke-2. Untuk review ke-2 ini, panel ke-2 mencadangkan beberapa penambahbaikan. Selepas pembaikan dan penghantaran untuk review ke-3, manuskrip ini akhirnya diterima tanpa sebarang pembetulan, Alhamdulillah.

Antara respond kepada reviewer

Ini sebenarnya cabaran ketika publikasi. Bukan senang, dan sebagai ahli akademik, ia menjadi satu KPI yang perlu dicapai. Terima kasih juga kepada semua team dan corresponding authors yang membantu dalam menyiapkan manuskrip ini. Saya tidak lupa juga jasa Aisyah dan Dhavenesan Letchumanan (graduan 2026) yang berkongsi data-data terkini dengan saya. Kita tutup cerita ini dengan gembira dan mulakan projek serta penerbitan baharu selepas ini, insya-Allah.
 


Friday, 31 July 2026

Geran Dalaman: Geran Pascasiswazah Fasa 1/2026

Alhamdulillah, saya menerima berita baik dimana menerima geran dalaman daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), iaitu Geran Pascasiswazah Fasa 1/2026 untuk pelajar Phd saya yang bernama Nini Apriani Rumata bagi tajuk kajian iaitu "Impact of Land Change on Flood Disaster in Makassar City". Geran ini akan membiyai yuran pengajian phd selama 2 semester yang bernilai RM 8,000. Diharap dengan penerimaan geran ini, ianya dapat membantu dan meringgankan beban pelajar saya ini dalam meneruskan pengajian phd dibawah seliaan saya. Untuk makluman, Nini merupakan pelajar antarabangsa yang berasal daripada Indonesia dan membiyai yuran pengajiannya dengan duitnya sendiri (self-fund). Terima kasih UniMAP atas geran dalaman ini dan saya bersyukur atas pengiktarafan ini.

Thursday, 9 July 2026

K‑Fold Cross Validation in Machine Learning

K‑Fold Cross Validation is a widely used evaluation method in machine learning that helps determine how well a model can generalize to new, unseen data. Instead of relying on a single train–test split, this technique divides the dataset into K equally sized portions, known as folds. The model is trained and tested repeatedly across these folds, producing a more stable and trustworthy performance estimate.

K - Fold train and test split

Understanding Cross Validation

Cross validation plays an important role in model assessment because it:

  • Prevents overfitting — ensuring the model performs well not only on training data but also on unseen samples.

  • Provides a more reliable evaluation — results are averaged across multiple runs, reducing bias and variance.

  • Maximizes data usage — especially useful when the dataset is small or expensive to collect.

Friday, 3 July 2026

Selamat Maju Jaya pada Pelajar FYP bagi Sidang Akademik 2025/2026

Alhamdulillah, pada sidang kali ini, saya menerima enam (6) pelajar tahun akhir yang diletakkan di bawah seliaan dan tanggungjawab saya. Pelbagai cabaran dan dugaan telah ditempuh bersama-sama. Sepanjang penyeliaan, saya sedar ada masanya saya memarahi mereka atau meninggikan suara kepada mereka, tetapi kesemuanya dilakukan bagi menjadikan mereka pelajar FYP yang hebat dan mendapat markah terbaik. Saya sentiasa berdoa dan berharap semua pelajar seliaan saya ini berjaya dan menjadi orang yang hebat dalam bidang yang mereka ceburi nanti.

Jumpa lagi!. 

Thursday, 25 June 2026

Ceramah: Strategi Komuniti Berdaya Tahan Dalam Menghadapi Bencana Iklim

Terima kasih Ts. Dr. Nurfadzillah serta Sr. Ts. Dr. Muhammad Azizi dari Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Awam (FKTA), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) atas peluang untuk menjadi penceramah bagi program Bersedia Hadapi Iklim: Resiliensi Infrastruktur dan Komuniti di bawah geran sumbangan UNESCO Malaysia. Ceramah saya bertajuk "Strategi Komuniti Berdaya Tahan dalam Menghadapi Bencana Iklim" yang telah diadakan pada 24hb Jun 2026 pada pukul 2-4 petang di  Bilik Seminar, FKTA. 

Wednesday, 17 June 2026

Alhamdulillah, Kini Bergelar "Gs" (Geospatialist) Sempena Keahlian Profesional di IGRSM


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Hari ini saya ingin mencoretkan satu lagi detik bermakna dalam perjalanan kerjaya akademik dan profesional saya.

Pada 15hb Jun 2026, saya telah menerima khabar gembira apabila secara rasminya diterima sebagai Ahli Profesional (Professional Member) di bawah Institution of Geospatial and Remote Sensing Malaysia (IGRSM) dengan nombor pendaftaran keahlian M1800.

Monday, 25 May 2026

Anugerah Emas pada Inovasi Pi-ENVEX2026. Tahniah Rayan FYP!

Pi-ENVEX 2026

Tumpang seronok pelajar tahun akhir seliaan saya, Rayan telah memenangi Emas dalam inovasi anjuran UniMAP. Ini sebenarnya pertama kali produk inovasi secara langsung daripada pihak saya yang memenangi pameran inovasi seperti ini. Kajian-kajian saya lebih kepada pemodelan dan kajian kegunaan (applied) yang lebih sesuai untuk diterbitkan dalam bentuk artikle. Kali ini, percubaan pertama yang menengahkan inovasi yang sebenarnya bukan inovasi baharu, mungkin sering dan acap kali dilihat di pameran-pameran lain, dan dicuba oleh pelajar tahun akhir. Walaupun ada isu kecil yang sebenarnya saya tidak membenarkan pelajar pergi ke pameran ini, saya berterima kasih kepada penganjur yang menaja pameran pelajar serta Pengetua Kolej Kediaman Antarabangsa dan Luar Kampus, Ts. Dr. Ashraf Halim membimbing pelajar untuk masuk ke pameran Pi-Envex ini.

Saturday, 9 May 2026

Apabila Cuaca Tidak Lagi Berpaksikan Musim

Pengenalan

Malaysia kini berada dalam satu era perubahan iklim yang semakin ketara, memperlihatkan pola cuaca yang tidak lagi mengikuti kebiasaan monsun yang selama ini menjadi asas kepada perancangan sumber air, pertanian, dan pengurusan risiko bencana. Dalam beberapa bulan kebelakangan ini, negara menyaksikan rangkaian fenomena ekstrem yang berlaku hampir serentak: kekeringan yang berpanjangan di wilayah utara Semenanjung, banjir kilat yang serius di Lembah Klang, dan unjuran kemarau akibat El Niño yang dijangka memuncak antara April hingga Jun. Walaupun kelihatan bercanggah, kesemua fenomena ini sebenarnya saling berkait melalui mekanisme atmosfera dan lautan yang semakin kompleks, sekali gus menandakan bahawa Malaysia sedang memasuki era baharu iklim ekstrem bertindan — suatu keadaan di mana pelbagai ekstrem berlaku dalam tempoh yang hampir bertindih, tanpa pola yang jelas seperti dahulu.

Di kawasan utara Semenanjung, khususnya Perlis, Kedah dan sebahagian utara Perak, keadaan kering yang berlarutan sejak awal tahun menunjukkan wujudnya anomali hujan negatif yang signifikan. Data hujan bulanan di beberapa stesen meteorologi menunjukkan pengurangan taburan yang konsisten, manakala paras sungai, kolam tadahan dan empangan kecil mula menunjukkan trend penurunan yang membimbangkan. Keadaan ini lazimnya berpunca daripada kelembapan relatif yang rendah, peningkatan kadar penyejatan akibat suhu permukaan yang lebih tinggi, serta kelemahan pembentukan awan konvektif berskala tempatan. Pemanasan atmosfera lapisan permukaan mempercepatkan proses evapotranspirasi, menyebabkan tanah kehilangan kelembapan dengan lebih cepat dan mengurangkan keupayaan kawasan tadahan semula jadi untuk mengekalkan air. Dalam konteks pertanian, keadaan ini memberi kesan langsung kepada tanaman yang bergantung kepada air tanah dan pengairan, khususnya padi di kawasan jelapang utara yang sangat sensitif terhadap perubahan taburan hujan. Fenomena ini selari dengan unjuran iklim jangka sederhana yang menunjukkan bahawa wilayah utara semakin terdedah kepada episod kemarau pendek tetapi intensif, terutamanya ketika peralihan monsun yang kini semakin tidak menentu.

Banjir besar di Perlis pada perhujungan tahun 2025

Dalam masa yang sama, Lembah Klang berdepan situasi yang hampir bertentangan apabila hujan berintensiti tinggi mencetuskan banjir kilat di beberapa kawasan bandar utama. Walaupun tempoh hujan singkat, kadar curahan yang tinggi menyebabkan sistem saliran sedia ada tidak mampu menampung lonjakan aliran permukaan. Pembentukan awan kumulonimbus secara mendadak akibat ketidakstabilan atmosfera, ditambah pula dengan kesan pulau haba bandar yang meningkatkan suhu setempat, mempercepatkan proses konveksi dan menjadikan hujan ekstrem lebih mudah berlaku. Urbanisasi pesat yang mengurangkan kawasan resapan semula jadi turut mengubah dinamik hidrologi bandar, menjadikan aliran permukaan meningkat dengan ketara walaupun hujan hanya berlangsung dalam tempoh yang singkat. Keadaan ini menunjukkan bahawa risiko banjir kilat di kawasan bandar kini bukan lagi bergantung kepada jumlah hujan tahunan, tetapi kepada intensiti hujan dalam tempoh yang sangat singkat — satu ciri utama iklim tropika yang semakin ekstrem. Dalam konteks ini, Kuala Lumpur dan kawasan sekitarnya kini berada dalam kategori bandar yang sangat sensitif terhadap perubahan iklim, di mana sedikit peningkatan intensiti hujan sudah cukup untuk mencetuskan banjir kilat yang melumpuhkan aktiviti harian.

Dalam konteks serantau, model iklim antarabangsa seperti ECMWF, NOAA dan JAMSTEC menunjukkan kecenderungan ke arah pembentukan El Niño berskala sederhana hingga kuat pada suku kedua tahun ini. Fenomena El Niño lazimnya membawa kepada pengurangan taburan hujan di Malaysia, peningkatan suhu permukaan, risiko kebakaran hutan dan tanah gambut, serta tekanan terhadap sumber air mentah. Jika unjuran ini menjadi kenyataan, negeri-negeri yang telah pun mengalami defisit hujan sejak awal tahun berpotensi berdepan kemarau yang lebih panjang sehingga pertengahan tahun. Sektor pertanian, khususnya padi di kawasan utara, mungkin terkesan akibat kekurangan air pengairan, manakala sektor perbekalan air pula perlu berdepan cabaran mengekalkan paras takungan pada tahap selamat. Dalam keadaan tertentu, fenomena El Niño yang kuat boleh menyebabkan gangguan bekalan air di beberapa negeri, terutamanya kawasan yang bergantung kepada sungai sebagai sumber utama air mentah.

Tiga Pemacu Utama Ketidakstabilan Iklim Negara

Fenomena ekstrem yang berlaku serentak ini bukanlah sesuatu yang rawak, tetapi hasil daripada interaksi tiga mekanisme utama yang saling memperkuat antara satu sama lain. Pertama, pemanasan global telah meningkatkan kapasiti atmosfera untuk menyimpan wap air, menjadikan hujan lebih ekstrem dan tempoh kering lebih panjang. Atmosfera yang lebih panas juga menyebabkan ketidakstabilan yang lebih tinggi, menjadikan pembentukan awan ribut lebih mudah berlaku walaupun dalam keadaan kelembapan sederhana. Kedua, variabiliti semula jadi ENSO (El Niño–La Niña) kini menunjukkan corak peralihan yang lebih kerap dan lebih kuat, menyebabkan ketidakstabilan cuaca yang ketara di rantau tropika. Ketiga, perubahan guna tanah dan urbanisasi pesat telah mengubah dinamik hidrologi setempat, menjadikan kawasan bandar lebih terdedah kepada banjir kilat manakala kawasan luar bandar kehilangan sebahagian kapasiti tadahan semula jadi. Gabungan ketiga-tiga faktor ini menghasilkan keadaan iklim yang lebih sukar diramal, lebih ekstrem dan lebih mencabar untuk ditangani melalui pendekatan tradisional.

Dalam menghadapi realiti baharu ini, Malaysia tidak lagi boleh bergantung kepada pola monsun tradisional sebagai asas perancangan sumber air dan pengurusan risiko bencana. Negara perlu memperkukuh sistem amaran awal banjir dan kemarau, menambah baik infrastruktur saliran bandar berdasarkan intensiti hujan moden, serta memperluas kawasan hijau dan tadahan semula jadi bagi meningkatkan daya tahan hidrologi. Pengurusan sumber air perlu lebih strategik, termasuk meningkatkan kecekapan penggunaan air, memperluas teknologi penyimpanan air hujan, dan menilai semula kapasiti empangan sedia ada berdasarkan pola hujan baharu. Pendidikan awam mengenai risiko cuaca ekstrem juga perlu dipertingkatkan agar masyarakat lebih bersedia menghadapi perubahan iklim yang semakin kompleks. Dalam konteks dasar, Malaysia perlu memperkukuh kerangka adaptasi iklim yang lebih menyeluruh, merangkumi aspek perancangan bandar, pertanian, sumber air, dan pengurusan bencana.

Kekeringan di utara, banjir di Kuala Lumpur dan ancaman El Niño merupakan manifestasi jelas bahawa perubahan iklim bukan lagi isu masa depan, tetapi realiti semasa yang menuntut perhatian serius. Malaysia perlu bersedia menghadapi era iklim yang lebih ekstrem, lebih tidak stabil dan lebih mencabar, dengan pendekatan adaptasi yang lebih strategik, berpaksikan sains dan disokong oleh dasar yang konsisten. Hanya melalui pemahaman yang tepat dan tindakan yang terancang, negara dapat memastikan keselamatan hidrologi dan ketahanan iklim untuk generasi akan datang.


Dilema Empangan Bukit Merah: Antara Ancaman Kemarau, Banjir dan Keselamatan Makanan

Pengenalan

Empangan Bukit Merah kini terperangkap dalam dilema dua hala yang meruncing. Pada musim kemarau, penyusutan takungan ke paras kritikal melumpuhkan sistem pengairan Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA). Sebaliknya, pada musim tengkujuh, ia terbukti gagal menampung limpahan hujan ekstrem. Situasi ini bukan sekadar isu cuaca, tetapi krisis struktur yang menuntut tindakan segera dan pelan strategik jangka panjang.

Sebagai salah satu nadi utama takungan air di utara Semenanjung, krisis di Empangan Bukit Merah kini menjadi tumpuan utama. Kemerosotan paras air ke tahap kritikal secara langsung menjejaskan bekalan pengairan sawah di sekitar Lembah Kerian. Laporan media dan agensi memaparkan situasi yang kian membimbangkan, memaksa pihak berkuasa mempertimbangkan langkah kecemasan seperti catuan pengairan dan pembenihan awan. Walaupun pembenihan awan mampu meredakan tekanan buat sementara waktu, ia bukanlah penawar mutlak kepada kekangan kapasiti empangan dan perubahan mendadak corak taburan hujan.

Pintu utama Empangan Bukit Merah (Lawatan pada 13/4/2025)

Thursday, 23 April 2026

Tragedi Banjir Perlis 2025: Antara Realiti Hidrologi dan Kesiapsiagaan Bencana

Pengenalan

Pada hujung bulan November 2025, negeri Perlis mengalami satu episod banjir besar yang dicetuskan oleh hujan lebat berterusan melebihi purata monsun biasa. Berdasarkan pemerhatian peribadi dan kefahaman asas hidrologi, kejadian ini menunjukkan gabungan faktor meteorologi dan hidrologi yang luar biasa. Intensiti hujan yang tinggi dalam tempoh singkat, ketepuan tanah (soil saturation) yang hampir maksimum, serta kapasiti saliran semula jadi yang terhad menyebabkan aliran permukaan (surface runoff) meningkat secara mendadak.

Permulaan Banjir

Pada peringkat awal, hujan yang turun selama beberapa hari sekadar kelihatan seperti keadaan hujan musim monsun yang tipikal. Namun, menjelang malam, paras air mula meningkat dengan cepat di kawasan kediaman. Kenaikan ini selari dengan fenomena hidrologi di mana permukaan tanah tidak lagi dapat menyerap isipadu hujan berikutan profil tanah yang sudah tepu. Hampir keseluruhan hujan yang turun bertukar menjadi aliran permukaan. Dalam masa beberapa jam sahaja, jalan-jalan utama mula ditenggelami air, memberikan isyarat jelas bahawa sistem saliran sedia ada telah gagal menampung kapasiti air yang terlalu tinggi. Daripada Bernama (24 November 2025), beberapa jalan di Perlis ditutup sementara kerana terjejas dengan banjir akibat hujan yang berterusan.

Menurut jiran dan penduduk sekitar, kawasan kediaman saya tidak dinaiki air semasa banjir besar di Perlis pada tahun 2010. Berbekalkan maklumat tersebut, saya pada mulanya tidak berasa terlalu cemas apabila hujan berterusan melanda. Saya bersangka baik bahawa kejadian banjir kali ini tidak akan melimpah masuk ke rumah, biarpun kediaman saya terletak bersebelahan dengan Kampung Bakau, dimana kampung ini menjadi sebuah 'kawasan panas' yang sering terjejas dengan insiden banjir.

 

Kawasan Kampung Bakau (kanan gambar) dan Kampung Sena (kiri) ditenggelami banjir. Foto dron dirakam oleh penulis pada 25 November 2025.

Monday, 13 April 2026

Lawatan Sekitar Fasiliti Empangan Bukit Merah, Kerian

Lawatan bersama pelajar FYP dan PhD seliaan saya ke Empangan Bukit Merah telah diadakan pada 13/4/2025. Terima kasih pada JPS Daerah Kerian, terutama YBrs. Ir. Ts. Mohamad Syamsul Hizham (jurutera awam), serta YBrs. En. Mior, yang memberi taklimat dan menyantuni kami sepanjang lawatan ini. 

Objektif lawatan ini bagi memberi peluang kepada pelajar saya, terutama pelajar FYP yang membuat pemodelan di kawasan tadahan Empangan Bukit Merah, pendedahan kepada operasi sistem empangan serta melihat fasiliti dan struktur hidraulik yang ada di empangan tersebut.

Terima kasih JPS Kerian. Moga lawatan ini dapat memberi banyak input kepada pelajar saya, serta menjadi platform dan hubungan permulaan kepada kerjasama penyelidikan yang lebih berimpak dimasa hadapan nanti.

Moga budi dan baik, dibalas baik oleh Allah swt.

Alur limpah (spillway)

Perkongsian ilmu

Pintu kawalan (orifice)

Perbincangan 2

Aliran selepas pintu kawalan.

Struktur pintu kawalan @orifice @sluice gate

Terima kasih YBrs. Ir. Ts. Mohamad Syamsul Hizham yang menyantuni kami

Gambar selfi dengan semua pelajar dan YBrs. Ir. Ts. Mohamad Syamsul Hizham


Tuesday, 20 January 2026

How to Download CMIP6 Precipitation Data (NESM3 | SSP5-8.5)


In this tutorial explains the specific steps required to obtain Global Climate Model (GCM) data from the CMIP6 archive. The video focuses on the NESM3 model from China, specifically looking at the SSP5-8.5 scenario for long-term precipitation climate projections. However, the steps can be used to downscale different climate models and climate scenarios that been listed on the CMIP6 archive (https://cds.climate.copernicus.eu/).