Tuesday, 10 November 2026

Perisian PDF Percuma Dengan Fungsi Measurement (SuniPDF)

 


Pernahkah anda menerima lukisan atau pelan dalam format PDF dan tertanya-tanya bagaimana untuk mengukur jarak atau mengira luas terus daripada fail tersebut? Kebiasaannya, kita hanya menggunakan perisian PDF untuk melihat dokumen, tetapi sebenarnya terdapat beberapa perisian yang menawarkan fungsi yang lebih canggih.

Baru-baru ini, saya menemui satu perisian PDF yang bukan sahaja mampu memaparkan fail PDF, malah turut menyediakan pelbagai fungsi premium yang biasanya terdapat pada perisian PDF terkenal. Salah satu fungsi yang paling menarik ialah Measurement Tool atau alat pengukuran.

Apa yang menjadikan fungsi ini sangat berguna ialah keupayaannya menukarkan ukuran pada skrin kepada jarak sebenar secara automatik berdasarkan skala yang ditetapkan. Sebagai contoh, jika skala lukisan ialah 1 mm = 10 m, kita hanya perlu menetapkan skala tersebut sekali sahaja. Selepas itu, perisian akan terus memaparkan jarak sebenar tanpa perlu membuat sebarang pengiraan manual.

Perisian ini dikenali sebagai SuniPDF. Semasa artikel ini ditulis, SuniPDF boleh digunakan secara percuma dan dimuat turun melalui pautan berikut:


Jika anda kerap bekerja dengan pelan, lukisan teknikal atau peta dalam format PDF, saya cadangkan anda mencubanya sendiri.

Selamat mencuba! 😊


Monday, 9 November 2026

Perkongsian di BERNAMA: Limpahan Air MLT Perlu Dimanfaatkan Hadapi Ancaman Kemarau dan Jamin Sekuriti Makanan

Keratan daripada artikle

Alhamdulillah. Terima kasih kepada Pusat Komunikasi Korporat (terutama Puan Aida) dan BERNAMA atas jemputan dan ruang yang diberikan untuk saya berkongsi pandangan mengenai isu kemarau yang dijangka berlaku akibat fenomena Super El Niño.

Walaupun kita sedang menikmati musim hujan sempena Monsun Timur Laut, perancangan dan persediaan awal adalah penting bagi memastikan isu bekalan air dapat ditangani dengan lebih berkesan sekiranya kemarau berlaku pada masa hadapan.

Artikel penuh boleh dibaca di sini: https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2631823

Tuesday, 3 November 2026

Video | Bolehkah hutan membantu menjamin bekalan air pada masa hadapan?


Kajian terkini kami meneliti bagaimana kawasan tadahan hutan tropika menyumbang kepada aliran masuk air ke empangan serta membandingkan dua pendekatan pemodelan hidrologi yang digunakan secara meluas, iaitu Soil Moisture Accounting (SMA) dan Soil Conservation Service Curve Number (SCS-CN). 

Dengan menggunakan Taman Negeri Perlis sebagai kajian kes, kami mendapati bahawa kaedah SMA memberikan hasil simulasi yang lebih baik bagi hasil air (water yield) berterusan dan aliran dasar (baseflow) semasa musim kering, menjadikannya lebih sesuai untuk penilaian sumber air jangka panjang. 

📰 Rujukan Artikel:

Hassan, Z., Samsuddin Sah, S., Kamarudzaman, A. N., Rumata, N. A., & Mansida, A. (2026). A comparative study of soil moisture accounting and soil conservation service curve number methods for modelling water yield in an ungauged tropical forest catchment. Water Practice & Technology, 21 ( 8 ), 4000-4023. 

🌳 Melindungi Hutan. Menjamin Bekalan Air. 

#KeselamatanAir #Hidrologi #PemuliharaanHutan #SumberAir #HECHMS #WaterYield #PengurusanLembanganSungai #Penyelidikan #UniMAP #Malaysia

Thursday, 10 September 2026

Jerebu Borneo: Ancaman Rentas Sempadan terhadap Malaysia

Terima kasih Tinta Minda - BERNAMA

Terima kasih Editor dan Penerbit kepada Tinta Minda dari BERNAMA kerana menerbitkan artikle saya didalam ruang mereka. Isu jerebu menjadi isu hangat sekarang, ditambah dengan letusan gunung berapi di Indonesia dan diburukkan lagi oleh musim panas akibat El Niño. Artikle penuh boleh dicapai disini: https://www.bernama.com/bm/tintaminda/news.php?id=2604200