Saturday, 16 December 2023

BERNAMA – Kewujudan PPKB Tingkatkan Kecekapan Pengerusan Banjir – Pakar

Terima kasih BERNAMA dan juga PPK UniMAP kerana mengambil penyata saya untuk diterbitkan di salah satu berita di BERNAMA, yang bertajuk “Kewujudan PPKB Tingkatkan Kecekapan Pengerusan Banjir – Pakar” yang telah diterbitkan pada 30hb November 2023. Ini adalah link untuk berita tersebut: https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2249493




Friday, 8 September 2023

Syarat untuk penghantaran tesis bagi MSc. dan Phd.

Dimana-mana universiti, terdapat syarat yang perlu dipatuhi jika pelajar ingin hantar thesis yang sudah siap atau sebelum request untuk viva. Jika tidak dipatuhi syarat tersebut, pelajar tidak boleh submit thesis atau memanggil viva, atau dengan kata lain, pelajar tidak boleh bergraduasi walaupun sudah siap semuanya!.

Di UniMAP, terdapat peraturan dimana pelajar MSc. perlu mengumpul 10 point dan Phd adalah 20 point. Berikut syarat daripada UniMAP:

____________________________________________________

Meluluskan penambahbaikan seperti berikut;

  1. Syarat umum point system iaitu sebanyak 20 point untuk program PhD dan 10 point untuk program Sarjana.
  2. Syarat khusus penerbitan iaitu keperluan penerbitan berdasarkan program dan bidang pengajian.
  3. Penambahbaikan keperluan penerbitan seperti berikut;
ProgramIjazah Doktor Falsafah (PhD)Ijazah Sarjana (MSc) Mod Penyelidikan
BidangEngineering & Engineering MathematicsNon-EngineeringEngineering & Engineering MathematicsNon-Engineering
Point2010
PenerbitanSATU (1) artikel Jurnal berindek WoS / ScopusSATU (1) artikel Jurnal berindek Scopus / MyCite / ERA

 

SATU (1) artikel Jurnal berindek Scopus / MyCite / ERASATU (1) artikel prosiding Scopus

 

ATAUATAU
DUA (2) artikel Jurnal berindek MyCite / ERADUA (2) artikel prosiding berindek WoS / Scopus

Penambahbaikan sistem pemarkahan penerbitanseperti berikut;

Types of PublicationPoint
Journal
WoS:Q1 & Q220
WoS:Q3 & Q415
Scopus10
MyCite / ERA8
Others4
Proceeding
WoS6
Scopus4
Others1

Pelajar perlu memenuhi syarat umum dan syarat khusus. Peraturan iniberkuat kuasa untuk penghantaran tesis bagi tujuan pemeriksaan untuk kemasukan baharu Oktober 2022.

________________________________

Syarat lama UniMAP boleh click sini.

Thursday, 3 August 2023

Perletakan Jawatan Sebagai Pengerusi Rancangan



Alhamdulillah, dengan rezeki Allah SWT, saya telah dilantik sebagai Pengerusi Rancangan pada 1 September 2022, bagi Program Kejuruteraan Awam di Jabatan Awam, Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Awam (FKTA), UniMAP. Saya amat bersyukur dengan kepercayaan dan amanah yang dipertanggungjawabkan oleh dekan FKTA, iaitu Prof Madya Ts Dr. Zulzikrami.

Kepercayaan ini dibalas dengan kualiti kerja yang baik, seterusnya bersama-sama membangunkan program Kejuruteraan Awam keperingkat yang terbaik. Dibawah saya, program menerima lawatan EAC bagi New Cycle Acreditation yang berlangsung pada 4-5 Julai 2023. Alhamdulillah, semua proses berjalan lancar daripada sesi penulisan laporan SAR sehingga tamatnya lawatan akreditasi.

Disamping itu, perubahan kurikulum struktur bagi Program Kejuruteraan Awam telah dibuat ketika dibawah saya, dimana kurikulum struktur baharu ini akan efektif bermula pada sidang akademik 2023/2024. Perubahan yang dibuat dengan menjumutkan satu kursus universiti, iaitu Kursus SMU32302 Thinking Skill, serta menukar slibus dan kod bagi dua kursus iaitu Computer Programming serta Statics & Dynamics. Perubahan kursus ini menyebabkan jumlah jam kredit berubah daripada 137 jam ke 135 jam kredit.



Saya turut juga berkesempatan untuk mengadakan lawatan daripada Pemeriksa Luar (EE), iaitu Prof Ir. Dr. Marlinda serta Panel Penasihat Industri (IAP), dimana kedua-dua lawatan amat penting bagi melancarkan proses OBE program sepertimana dicatat dalam manual EAC.

Pada 31 Jul 2023, saya telah melepaskan jawatan Pengerusi Rancangan. Pelepasan ini dibuat bukan desakan sesiapa, namun dibuat setelah mengambil kira suasana pekerjaan yang memerlukan seseorang yang kualiti kerja yang bagus serta sikap sabar yang tinggi ketika berhadapan dengan sikap dan ragam pelajar serta staff. Oleh itu, tidak sampai sepenggal lantikan (setahun), saya melepaskan jawatan ini.


Banyak perkara yang belajar sepanjang berkhidmat sebagai Pengerusi Rancangan, terutama gaya kerja yang hebat daripada rakan-rakan exco yang lain, terutama Tuan Dekan. Moga, dengan pelepasan jawatan ini, posisi Pengerusi Rancangan ini dapat diisi dengan orang berkebolehan dan disukai oleh orang ramai. Amin.