Saturday, 30 March 2024

Tahniah Aisyah telah lulus viva peringkat sarjana!

Alhamdulillah, syukur nikmat kepada Allah swt, dengan limpah kurnianya, pelajar ke-2 sarjana saya, iaitu Nor Aisyah Syafiqah binti Nordin telah berjaya membentangkan thesisnya yang bertajuk “Impacts of Land use and Land Cover Change on Inflow Simulation of Timah Tasoh Reservoir Using The HEC-HMS Model”.

Terima kasih tidak terhingga kepada pemeriksa luar iaitu Prof Madya Dr Mohd Remy Rozainy Mohd Arif Zainol daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan juga pemeriksa dalaman iaitu Prof Madya Ts Dr Norazian Mohamed Noor (UniMAP) yang telah bertungkus lumut menyemak dan membaiki thesis pelajar.



Sesi viva ini dipengerusikan oleh Prof Madya Ts Dr Sara Yasina Yusuf dan dihadiri oleh wakil dekan iaitu Ir Dr Mohd Asri Ab Rahim. Terima kasih juga pada mereka berdua.

Akhir sekali, saya ingin berterima kasih pada pihak CGS terutama Prof Madya Dr Rafiza Abd Razak dan Encik Hairuz Fadzlee Hashim yang mengurus hal ehwal pelajar serta sesi viva kali ini.

Tidak lupa juga pada pemeriksa-pemeriksa yang telah menyemak thesis pelajar semasa sesi pra-viva, iaitu Dr Mahyun, Dr Salwa dan juga Dr Amira, serta semua pihak yang langsung dan tidak langsung sehingga kejayaan pelajar lulus dalam sesi viva ini. Terima kasih!


Wednesday, 27 March 2024

Kenaikan Pangkat Sebagai Profesor Madya

 


Alhamdulillah, pada 1 April 2024, saya telah di promote dan naik pangkat sebagai Profesor Madya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Terkejut juga menerima berita ini, dan juga amat berbesar hati kerana kepayahan dan cabaran yang dihadapi sepanjang 8 tahun (2016-2024) berkhidmat di UniMAP, akhirnya diberi penghormatan dengan kenaikan pangkat ini. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat dengan pencapaian ini, ini semua doa yang tidak putus daripada orang yang menyayangi saya, terutama isteri dan anak, dan orang-orang yang disekeliling saya yang sentiasa memberi dorangan dan panduan.