Wednesday, 13 November 2024

Istiadat Konvokesyen UniMAP kali ke-19

Pada Istiadat Konvokesyen UniMAP kali ke-19, terdapat seorang graduan sarjana dan 2 orang graduan FYP saya yang menaiki pentas untuk menerima skrol masing-masing. Tahniah pada Nor Aisyah Syafiqah, graduan sarjana serta Muhammad Syukri dan Nor Ejati, graduan sarjana muda serta pelajar FYP saya yang berjaya bergraduasi kali ini. Tahniah saya ucapkan kerana saya percaya, kejayaan yang dicapai kali ini bukan mudah, terutama dibawah seliaan saya.

Aisyah, graduan sarjana (kej awam)

Ejati dan Syukri, graduan FYP2023/2024

Saya berharap kesemuanya berjaya dalam bidang dan pekerjaan yang diceburi. InsyaAllah, ada ruang dan umur, kita semua akan berjumpa lagi.