Wednesday, 17 September 2025

Sambung Pengajian ke Peringkat PhD. Tips?

Ada seorang graduan daripada program kami, yang juga merupakan pelajar FYP seliaan saya bertanya soalan mengenai sambung pengajian ke peringkat phD. Sebelum ini, beliau telah menyambung pengajian Msc secara course/kursus dan tengah survey peluang-peluang yang ada untuk sambung phd. Ini jawapan saya kepada persoalan beliau:

  • Wslm. Nak sambung phd, tgk mana bidang yg kamu minat. Ada orng, pilih bidang yg critical dan bnyak kekosongan, misalnya bidang2 yg universiti kekurangan lecturer. Skrng, ramai lecturer dlm bidang struktur dan bahan, so, cuba buat bidang lain. Tp, kalau kamu dah minat dlm bidang strukur dan bahan, proceed.
  • Supervisor, cari yg ada pm dan professor. Sbb sv yg mcm ini, dia ada pengalaman. Kedua, dia ada resource. Ketiga, mungkin mereka bnyak student postgraduate, yg boleh guide kamu dalam research juga. Cari juga sv yg banyak hasilkan publication journal berimpak journal. So, nanti kamu akan dpt aura untuk menulis.
  • Sambung phd ini, banyak pakai duit. Kalau kamu nak, cari sv yg ada geran penyelidikan. Yg bagus, kalau ada geran 3 tahun, sbb phd biasanya duration 3 tahun. Biasanya untuk geran ini, kamu akan dpt elaun rm2k keatas. Ikut budi bicara sv. Pastikan geran tu aktif 3 tahun, baru kamu akan peace of mind buat phd. Tp, sy suggest buat full time phd dan kena fokus utk hbs phd kurang 3 tahun. Kalau geran tu kurang 3 tahun, pastikan sv kamu tu yg jenis banyak dpt geran. So, tamat satu geran, ada geran lain yg boleh support kajian kamu. Ramai yg tak boleh survive phd sbb salah percaturan kewangan ini.
  • Ada juga skim biasiswa daripada universiti kita panggil slai. Nanti universiti akan tanggung yuran dan bagi elaun 2k. Tiga tahun juga. Lps hbs pengajian phd, kamu akan ikan kontrak dgn universiti tawar slai tu. tp slai ini mcm tak terbuka sgt dan dalaman. Biasanya dia bg yg pelajar first class degree universiti tu. ini kamu kena rajin tanya dgn fakulti-fakulti yg ada kt malaysia ini. Kadangkala mereka iklan kan. Tp skrng jarang mereka iklan. Biasanya calon tu dpd program unvirsti sendiri. Misalnya, kamu dulu buat degree unimap. Lps tu cgpa kamu bagus. Nanti dekan ppkas akan hubungi akan tawar slai untuk kamu utk sambung master/phd.
  • Biasanya saya tak recomended buat part time phd. Sbb phd ini, dia kena fokus 100%. Mcm kamu buat master sblm ini, kamu master by course atau by research? Msc by course biasanya orng boleh buat part time. Tp, jarang kita dgr orng buat msc by research. Sbb msc by research sama level dgn phd, cuma skop kajian di kecil.
  • Ramai ja yg guna duit sendiri, declare buat phd full time. Tp sbnrnya bkerja. Tp kalau kamu guna duit geran, sebaiknya bhenti kerja dan buat full time phd. Sbb ada duit elaun dpd geran, dan biasanya sv akan assume pljr buat full time. Mcm sy kata, phd ini kena fokus.
  • Sy ada student phd yg bekerja dan mengajar. Memang mereka ending tak fokus dan ending, terminate sebab melebihi tempoh maximum phd.
  • Ni seorang phd yg dpd indonesia, sy rasa dia pun akan kena terminate. 😅
  • Phd ini memang kamu planning nak masuk akademik line, apply lah. Kalau setakat nak kerja industri, ijazah dah memadai. Tp, ada ja yg smbung phd sbb nak knowledge walaupun tak masuk akademik line.
  • Kamu ada mastr, boleh juga apply jd lecturer. Lps jd lecturer, boleh sambung phd. Nanti dpt skim slab yg khas utk lecturer.
  • Biasanya orng dlm industri, jarang nak keluar masuk akademik line. Gaji umur 35 tahun, dah tinggi kalau dlm industri. Janji ada PE. Bila dah bnyak duit, buka consultant sendiri. Atau jd contractor.
  • Masuk akademik line, kena downgrade. Gaji rendah. Hahaha
  • Satu lg. kalau buat projek under geran, biasanya kamu kena buat projek under skop kajian geran tu. biasanya dah ada title. Tp, apa2 kena bincang dgn sv yg ada geran, title, skop dan elaun brp dpt.
  • satu lagi, kena tgk syarat untuk graduasi. Misalnya, UM syarat untuk viva (graduate), kena ada 3 journal paper dengan impact factors Q1/2. So, banyak postgraduate UM yang buat phd tak boleh graduate selagi tak publish 3 journal papers. ada staff XXX yang smpai skrng tak dpt lagi phd dari UM sbb isu ini. Nak publish journal paper yg impact factor q1/2 bukan senang. So, kamu kena pasti universiti yg syarat bergaduasi senang. setahu sy, setakat ini mcm UiTM, UTM, UTHM masih rendah. ada universiti, journal index scopus pun memadai.
  • itu sbb cari sv yg selalu terbit dalam impact factor. dorang ada trick nak tembus. ada tu walaupun ada prof, tp penerbitan out. sbb dia dpt prof melalui laluan pentadbiran. cari yg betul2 dlm bidang penyelidikan dan penerbitan.
  • hahaha. sy suka ja jwb pertanyaan pljr. tp pljr yang suka kata sy ini suka membebel 😛 . all the best, moga kamu berjaya capai cita-cita kamu.
Itulah komen saya daripada pertanyaan pelajar. Harap membantu diluar sana yang ingin sambung phd. Maaf juga bahasa rojak, sebab ianya message saya kepada pelajar menggunakan bahasa pasar.

"Discipline is the bridge between goals and accomplishment"