Monday, 27 October 2025

Inisiatif Dana Penerbitan Buku Dalam Bahasa Melayu Tahun 2025


Alhamdulillah, seronok rasanya. Terima kasih pada UniMAP di atas Inisiatif Dana Penerbitan Buku Dalam Bahasa Melayu Tahun 2025 yang baru diterima ini, untuk buku saya yang bertajuk " Pemodelan Sumber Air Menggunakan Perisian HEC-HMS Bagi Hutan Taman Negeri Perlis". 

Insentif ini pastinya menjadi suntikan semangat untuk saya terus berkarya dan memartabatkan Bahasa Melayu dalam dunia akademik. Terima kasih juga kepada Penerbit UniMAP, Fakulti Kej & Teknologi Awam, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong.

Buku boleh dibeli disini (https://shorturl.at/VyL31) dengan harga RM 37.

Terima kasih.

Friday, 17 October 2025

Getting started with Anaconda and Python on Windows



Last time, I posted a tutorial on how to run Python for beginners (https://zulk-unimap.blogspot.com/2025/10/python-for-beginners-tutorial.html). Today, I found another good tutorial on how to run Python using Anaconda, as shown in the video above. The summary of the video is as follows:

How to download the CMIP6 projected climate change weather data? Using legacy CDS

I found a good article on how to download and process the CMIP6 for projecting the climate change data. The original article can be seen here (https://www.linkedin.com/pulse/how-download-cmip6-projected-climate-change-weather-data-callejo-pyqlc/). The article is as follows:

Monday, 13 October 2025

Python for Beginners Tutorial

Zaman sekarang, pengaturcaraan yang popular adalah Python. Ianya PERCUMA dan katanya popular digunakan terutama dalam academician. Walaupun saya lebih prefer menggunakan MATLAB, tapi MATLAB adalah license dan kita kena subscribe. Sampai bila kita nak bergantung pada pirate software? Selain itu, R juga popular digunakan dan ianya sepertimana MATLAB, lebih kepada penggunaan statistik. Python pula lebih menyeluruh dan katanya sama seperti bahasa pengaturcaraan yg lain seperti C++, visual basic, fortran, java, dan sebagainya. 

Saya cuba memahami penggunaan Python, disebabkan saya ingin explore statistical dowscaling untuk data-data CMIP6 yang menggunakan Python untuk download data CIMP6 daripada portal, serta downscaling atau bias menggunakan code yang run oleh Python. Hopefully saya berjaya untuk menggunakan Python untuk kajian saya. Ini tutorial bagus untuk pemula yang ingin belajar Python:

 

Dalam contoh ini, kita kena download dua perisian, iaitu: 
2) Microsoft Visual Studio Code (https://code.visualstudio.com/

Install kedua-dua software. Kemudian, buka Visual Studio Code untuk run Python. 

Kita akan run Python (search dalam extention) didalam Visual Studio Code. Kena enablekan Python dalam Visual Studio Code dengan cara tekan CTRL+SHIFT+P dan search Python: Select Interpreter seperti Rajah 1. Pilih Python yang kita dah install dalam komputer kita.
Selamat mencuba semua!

Sunday, 5 October 2025

Tahniah Penerbitan: Catchment Delineation and LULC Classification of the Upper Catchment of the Timah-Tasoh Reservoir Using DEM and GIS


Saya berbangga dapat berkongsini disini dimana bekas pelajar Sarjana saya, Nor Aisyah Syafiqah Nordin, telah berjaya menerbitkan kertas jurnal pertamanya di International Journal of Integrated Engineering, dan ianya juga merupakan kertas jurnal pertamanya yang diindex di Scopus.

Hasil kerja beliau dalam penyempadanan kawasan tadahan dan pengklasifikasi penggunaan tanah menggunakan DEM dan GIS bagi Empatangan Timah-Tasoh boleh didapati secara publik dan boleh didownload disini (https://lnkd.in/gFhmd4bn).

Petikan: Nordin, N. A. S., Hassan, Z.*, Mohamed Noor, N., Kamarudzaman, A. N., & Ag Ahmadni, A. S. (2025). Catchment Delineation and LULC Classification of the Upper Catchment of the Timah-Tasoh Reservoir Using DEM and GIS. International Journal of Integrated Engineering, 17(3), 157–164.
___________________________________________________

I am proud to share that my former MSc student, Nor Aisyah Syafiqah Nordin, has successfully published her first journal paper in the International Journal of Integrated Engineering, and it is also the first journal paper to be indexed in Scopus.

Her work on catchment delineation and land use classification using DEM and GIS for the Timah-Tasoh Reservoir is now publicly available and can be downloaded here (https://lnkd.in/gFhmd4bn)

Citation: Nordin, N. A. S., Hassan, Z.*, Mohamed Noor, N., Kamarudzaman, A. N., & Ag Ahmadni, A. S. (2025). Catchment Delineation and LULC Classification of the Upper Catchment of the Timah-Tasoh Reservoir Using DEM and GIS. International Journal of Integrated Engineering, 17(3), 157–164.