
Website wordpress tersebut sebenarnya dibayar nama domainnya termasuk hosting, dan perlu dibayar setiap tahun. Bermakna, jika tidak bayar langganannya, website tersebut akan diturunkan oleh pembekal perkhidmatan. Itulah kelemahannya terutama kita ingin kandungan website tersebut dapat dibaca oleh orang ramai sampai bila-bila.
Walaupun telah bertukar ke blogspot, saya boleh sahaja untuk kekalkan nama domain ini (zulkarnainhassan.com), tapi mungkin sekarang sudah masanya untuk saya guna sahaja nama website yang diberi oleh blogspot. Kebaikan jika kita melanggan domain dan hosting yang saya nampak, website kita mudah di index di dalam search engine seperti Google mahupun Bing. Jika nama sudah popular di search engine, saya harapkan ramai orang akan tahu kewujudan saya terutama penyelidik dan pelajar-pelajar yang berpontensi untuk menyambung pengajian. Walaupun begitu, sejak 7 Ogos 2015 sehingga kini, 30 Jun 2024, iaitu hampir 10 tahun melanggan domain dan hosting, tiada langsung prospek pelajar mahupun penyelidik yang menghubungi saya bagi melanjutkan pelajaran mahupun kerjasama penyelidikan. Oleh itu, saya berangapan, langanan selama ini tidak memberi impak kepada nama dan penyelidikan saya.
Oleh itu, saya berharap dengan hijrah ke blogspot ini, akan meningkatkan produktiviti saya ke arah bidang penyelidikan dan perundingan. Saya pun sudah naik pangkat ke Profesor Madya, apa lagi yang perlu saya kejar? Mungkin saya akan slow down dalam beberapa tahun sebelum memula langkah untuk seterusnya, iaitu target baru untuk dilantik ke Profesor, insyaAllah.






