Sunday, 30 June 2024

Pertukaran website menggunakan wordpress (berbayar) dan hosting (berbayar) ke blogspot (percuma)

Setelah menggunakan wordpress sebagai CMS dan hosting daripada Server Freak yang kedua-duanya berbayar, akhirnya saya mengambil keputusan untuk pindahkan semua kandungan website tersebut ke blogspot. Website yang beralamat http://zulkarnainhassan.com yang mengambil nama saya terpaksa di turunkan dan menggunakan alamat yang baru iaitu http://zulkarnain-unimap.blogspot.com. Tujuan website baru menggunakan blogspot diwujudkan bagi memastikan kandungan website saya akan sentiasa wujud, walaupun saya sudah tiada dan diharapkan, dapat dimanfaatkan sehingga bila-bila, mungkin sehingga blogspot ditamatkan perkhidmatan oleh Google.



Website wordpress tersebut sebenarnya dibayar nama domainnya termasuk hosting, dan perlu dibayar setiap tahun. Bermakna, jika tidak bayar langganannya, website tersebut akan diturunkan oleh pembekal perkhidmatan. Itulah kelemahannya terutama kita ingin kandungan website tersebut dapat dibaca oleh orang ramai sampai bila-bila.

Walaupun telah bertukar ke blogspot, saya boleh sahaja untuk kekalkan nama domain ini (zulkarnainhassan.com), tapi mungkin sekarang sudah masanya untuk saya guna sahaja nama website yang diberi oleh blogspot. Kebaikan jika kita melanggan domain dan hosting yang saya nampak, website kita mudah di index di dalam search engine seperti Google mahupun Bing. Jika nama sudah popular di search engine, saya harapkan ramai orang akan tahu kewujudan saya terutama penyelidik dan pelajar-pelajar yang berpontensi untuk menyambung pengajian. Walaupun begitu, sejak 7 Ogos 2015 sehingga kini, 30 Jun 2024, iaitu hampir 10 tahun melanggan domain dan hosting, tiada langsung prospek pelajar mahupun penyelidik yang menghubungi saya bagi melanjutkan pelajaran mahupun kerjasama penyelidikan. Oleh itu, saya berangapan, langanan selama ini tidak memberi impak kepada nama dan penyelidikan saya. 

Oleh itu, saya berharap dengan hijrah ke blogspot ini, akan meningkatkan produktiviti saya ke arah bidang penyelidikan dan perundingan. Saya pun sudah naik pangkat ke Profesor Madya, apa lagi yang perlu saya kejar? Mungkin saya akan slow down dalam beberapa tahun sebelum memula langkah untuk seterusnya, iaitu target baru untuk dilantik ke Profesor, insyaAllah.

Doakan kesihatan dan kejayaan saya. Semoga kita semua berjaya dalam bidang yang kita ceburi.

No comments:

Post a Comment