Tuesday, 27 May 2025

CALL FOR PAPER: INTERNATIONAL CONFERENCE ON CIVIL ENGINEERING & TECHNOLOGY (CIVENTECH 2025) (Extended Date)

 
🔵 We are pleased to announce that the Faculty of Civil Engineering & Technology, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), will be organising the INTERNATIONAL CONFERENCE ON CIVIL ENGINEERING & TECHNOLOGY (CIVENTECH 2025).
 
🗓️ Date: 10-11 September 2025 
📍 Venue: Kuala Lumpur, Malaysia
⚙️ Theme: Synergizing Technologies in Civil Engineering and Construction towards Digitalization Age 
🔵 Event Mode: Hybrid Conference 

🔵 KEYNOTE SPEAKERS:

Keynote Speaker 1 : 
Prof. Dr. Ma Chenxiang
Deputy Director, Gansu Research Institute for Water Conservancy, China

Keynote Speaker 2 : 
Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa
Director, River Basin Division, NAHRIM, Malaysia

Keynote Speaker 3 : 
Sr Wan Ainon Zuraiha Khalid CQS FRISM MRICS
Deputy President of Royal Institution of Surveyor Malaysia
Director of A+I Consult (QS Consultancy Firm)

🔵 CONFERENCE TRACKS (but not limited to):
• Structural Engineering & Technology
• Geotechnical Engineering
• Highway Engineering
• Transportation And Traffic Engineering
• Environmental Engineering & Technology
• Construction Technology & Management
• Sustainable Infrastructure
• Coastal Engineering
• Disaster Management
• Earthquake Engineering
• Geomatic Engineering
• Construction Safety
• Built Environment
• Hydrology and Hydraulic 
• Construction Materials

🔵 IMPORTANT DATES:
• Submission of abstract: 15 March 2025. 30 MAY 2025
• Notification of abstract acceptance: 15 April 2025
• Early Bird Registration : 30 May 2025
• Submission of full paper: 15 August 2025
• Conference date: 9-10 September 2025 

🔵 PUBLICATION:
All accepted papers (with payment) will be published in Scopus-Indexed Conference Proceedings. Selected papers will be considered for publication in Scopus-Indexed Journal with additional fees.

“We look forward to your participation in CIVENTECH 2025!”

Thanks with Regards,
 
CIVENTECH2025 Secretariat
Faculty of Civil Engineering & Technology,
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),
Kompleks Pusat Pengajian Jejawi 3,
02600 Arau, 
Perlis, Malaysia.
Email: civentech@unimap.edu.my
Website : https://civentech.unimap.edu.my/index.php
Call for Reviewer and Co- Organiser : https://forms.gle/JCQTLArse4v9HV3w7



Sunday, 18 May 2025

Cara Nak "Clip" atau "Potong" Raster Mengikut Poligon Menggunakan QGIS

Bayangkan bila kita ada raster misalnya data Digital Elevation Model (DEM) dalam format .tif dan kita ingin "clip" atau memotong raster tersebut mengikut saiz dan bentuk yang kita inginkan. Dengan QGIS, kita boleh menggunakan “clip raster by mask layer” daripada Processing Toolbox.

Langkah-langkah penggunaanya:

Langkah 1

Pastikan raster telah diloading didalam QGIS dan create atau open polygon yang ingin di clip dengan raster.

Pastikan layer untuk raster dan poligon ada.

Langkah 2

Pergi ke Processing Toolbox > GDAL > Raster extraction > clip raster by mask layer.

Guna toolbox ini, "clip raster by mask layer"

Boleh juga search function ini dalam Processing Toolbox

Pada Input layer, pilih raster yang hendak clip. Kemudian, pada Mask layer, pilih polygon yang hendak kita clip pada raster. Pastikan untuk pilih dan tick “Match the extent of the clipped raster to the extent of the mask layer”. Pilih juga untuk simpan raster ini dengan pilih directory dan filename apa.

Masukkan data-data sesuai

Akhirnya, klik butang Run.

Siap!

Semoga manfaat.

Sumber (klik sini)

Perisian GIS

Perisian GIS ialah perisian yang digunakan untuk mengumpul, menyimpan, menganalisis, mengurus, dan memaparkan data geospatial atau data yang berkaitan dengan lokasi di permukaan bumi. Perisian ini membolehkan pengguna memahami corak, hubungan, dan trend dalam data spatial.

Berikut adalah beberapa contoh perisian GIS yang popular:

Rajah 3: Perbezaan antara perisian-perisian GIS yang ada dipasaran (Sumber: https://www.linkedin.com/pulse/comparing-4-most-common-gis-software-ouayc/)

ArcGIS: Dibangunkan oleh Esri, ArcGIS adalah perisian GIS yang paling meluas digunakan dalam pelbagai bidang seperti pemetaan, perancangan bandar, pengurusan sumber alam, dan lain-lain. Ia menawarkan pelbagai fungsi termasuk analisis spatial, kartografi, dan pengurusan data.

QGIS (Quantum GIS): Perisian GIS sumber terbuka dan percuma yang sangat popular. Ia mempunyai banyak fungsi yang boleh menandingi perisian komersial dan sering digunakan oleh individu serta organisasi yang ingin mengelakkan kos tinggi.

GRASS GIS: GIS sumber terbuka yang digunakan untuk analisis spatial dan pemprosesan data raster dan vektor. Ia sering digunakan untuk penyelidikan dan akademik.

MapInfo Professional: Satu lagi perisian GIS komersial yang digunakan untuk analisis data geospatial dan pembuatan peta.

Google Earth Pro: Walaupun lebih fokus kepada visualisasi dan eksplorasi data geografi, versi Pro menyediakan beberapa alat analisis GIS asas.

AutoCAD Map 3D: Dibangunkan oleh Autodesk, perisian ini menggabungkan GIS dengan reka bentuk kejuruteraan CAD, membolehkan pengguna mengedit data geospatial dan membangunkan peta.

Setiap perisian mempunyai kebaikan dan juga keburukan. Terpulang kepada pengguna untuk mengguna perisian yang sesuai dengan projek atau kajian masing-masing. Jika saya, saya terdedah kepada ArcGIS dan juga QGIS. Ini kerana ArcGIS merupakan perisian popular digunapakai terutama oleh agensi kerajaan seperti JUPEM dan JPS. QGIS pula merupakan perisian percuma dan menjadi salah satu alternatif selain ArcGIS yang memerlukan kita untuk melanggan lesen yang mahal.

Untuk AutoCAD, kerana saya juga seorang jurutera awam, memang perisian ini menjadi pilihan. Sekarang AutoCAD terutama versi AutoCAD Map mempunyai fungsi GIS dan memudahkan jurutera projek bangunan dengan koordinate yang sesuai. Walaupun begitu, disebabkan bidang saya lebih kepada pengurusan air, saya terbiasa menggunakan ArcGIS dalam pengumpulan, analisa, dan perkongsian data dengan pihak dan agensi yang terlibat.

Walaupun begitu, disebabkan langanan ArcGIS yang mahal, pengguna seperti saya yang menggunakan GIS untuk kajian dan projek yang kecil, merasakan terbeban jika menggunakan ArcGIS. Oleh itu, QGIS menjadi pilihan kerana ianya percuma dan disamping analisa didalam perisian ini setanding dengan perisian yang berbayar.

Apa itu GIS?

Geographic Information System (GIS) adalah sistem yang dirancang untuk mengumpulkan, menyimpan, menganalisis, dan menampilkan data geografi dan spatial sepertimana ditunjukkan pada Rajah 1. GIS memungkinkan analisa data yang terkait dengan lokasi tertentu di permukaan bumi, sehingga membantu dalam memahami pola, hubungan, dan trend geografi.


Rajah 1: Komponen dalam GIS

Komponen Utama GIS:

  • Data Spatial: Informasi tentang lokasi geografi yang dapat berupa peta digital, satelit, atau data lain yang menunjukkan pada lokasi tertentu.
  • Perkakasan (Hardware): Komputer dan alatan lain yang digunakan untuk menjalankan perkakasan GIS.
  • Perisian (Software): Program yang digunakan untuk memproses dan menganalisis data spatial, seperti ArcGIS, QGIS (Rajah 2), atau perisian lainnya.
  • Data-Data bukan spatial: Informasi deskriptif yang melengkapi data spatial, seperti data demograf atau statistik.
  • Pengguna: Orang yang mengoperasikan GIS, seperti analis data, jurutera, dan pelajar.

Fungsi dan Manfaat GIS:

  • Pemetaan: Menyediakan peta yang interaktif dan informatif.
  • Analisis Spatial: Menganalisis hubungan spatial, seperti jarak dan kepadatan populasi.
  • Pengkelasan: Membantu dalam pengkelasan kawasan, zon, dan perancangan wilayah.
  • Pengurusan Sumber Alam: Memantau dan mengelola penggunaan tanah, pengurusan air, dan alam sekitar.
  • Pemantauan dan Response Kecemasan: Pelan dan pengurusan bencana dan kecemasan.

Secara keseluruhan, GIS digunakan di berbagai bidang seperti pengurusan pembandaran, geologi, jalan raya dan kenderaan, serta banyak lagi. Hal ini karena kemampuan GIS untuk mengintegrasikan data dari berbagai sumber dan kebolehan menunjukkan lokasi yang tepat.


Rajah 2: Perisian QGIS yang merupakan antara perisian percuma yang popular

Perisian GIS:

Terdapat banyak perisian GIS yang terdapat dipasaran. ArcGIS, merupakan perisian paling popular dan banyak digunakan oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta di Malaysia. Walaupun begitu, blog ini akan menggunakan perisian yang terbuka (open source) dan sering menjadi pilihan selain ArcGIS, iaitu QGIS.