Sunday, 18 May 2025

Perisian GIS

Perisian GIS ialah perisian yang digunakan untuk mengumpul, menyimpan, menganalisis, mengurus, dan memaparkan data geospatial atau data yang berkaitan dengan lokasi di permukaan bumi. Perisian ini membolehkan pengguna memahami corak, hubungan, dan trend dalam data spatial.

Berikut adalah beberapa contoh perisian GIS yang popular:

Rajah 3: Perbezaan antara perisian-perisian GIS yang ada dipasaran (Sumber: https://www.linkedin.com/pulse/comparing-4-most-common-gis-software-ouayc/)

ArcGIS: Dibangunkan oleh Esri, ArcGIS adalah perisian GIS yang paling meluas digunakan dalam pelbagai bidang seperti pemetaan, perancangan bandar, pengurusan sumber alam, dan lain-lain. Ia menawarkan pelbagai fungsi termasuk analisis spatial, kartografi, dan pengurusan data.

QGIS (Quantum GIS): Perisian GIS sumber terbuka dan percuma yang sangat popular. Ia mempunyai banyak fungsi yang boleh menandingi perisian komersial dan sering digunakan oleh individu serta organisasi yang ingin mengelakkan kos tinggi.

GRASS GIS: GIS sumber terbuka yang digunakan untuk analisis spatial dan pemprosesan data raster dan vektor. Ia sering digunakan untuk penyelidikan dan akademik.

MapInfo Professional: Satu lagi perisian GIS komersial yang digunakan untuk analisis data geospatial dan pembuatan peta.

Google Earth Pro: Walaupun lebih fokus kepada visualisasi dan eksplorasi data geografi, versi Pro menyediakan beberapa alat analisis GIS asas.

AutoCAD Map 3D: Dibangunkan oleh Autodesk, perisian ini menggabungkan GIS dengan reka bentuk kejuruteraan CAD, membolehkan pengguna mengedit data geospatial dan membangunkan peta.

Setiap perisian mempunyai kebaikan dan juga keburukan. Terpulang kepada pengguna untuk mengguna perisian yang sesuai dengan projek atau kajian masing-masing. Jika saya, saya terdedah kepada ArcGIS dan juga QGIS. Ini kerana ArcGIS merupakan perisian popular digunapakai terutama oleh agensi kerajaan seperti JUPEM dan JPS. QGIS pula merupakan perisian percuma dan menjadi salah satu alternatif selain ArcGIS yang memerlukan kita untuk melanggan lesen yang mahal.

Untuk AutoCAD, kerana saya juga seorang jurutera awam, memang perisian ini menjadi pilihan. Sekarang AutoCAD terutama versi AutoCAD Map mempunyai fungsi GIS dan memudahkan jurutera projek bangunan dengan koordinate yang sesuai. Walaupun begitu, disebabkan bidang saya lebih kepada pengurusan air, saya terbiasa menggunakan ArcGIS dalam pengumpulan, analisa, dan perkongsian data dengan pihak dan agensi yang terlibat.

Walaupun begitu, disebabkan langanan ArcGIS yang mahal, pengguna seperti saya yang menggunakan GIS untuk kajian dan projek yang kecil, merasakan terbeban jika menggunakan ArcGIS. Oleh itu, QGIS menjadi pilihan kerana ianya percuma dan disamping analisa didalam perisian ini setanding dengan perisian yang berbayar.

No comments:

Post a Comment