Saya dapatkan infografi seperti dibawah yang menarik teknik-teknik yang ada dalam interpolate data menggunakan GIS. Sumber boleh dirujuk disini (original source).
Monday, 28 July 2025
Wednesday, 16 July 2025
Refleksi ringkas tentang MoU dan realiti kerjasama akademik
| Sesi lawatan kursus Urban Stromwater Management ke Kampus Kej. USM dan REDAC (2019) |
Namun realitinya, tidak semua MoU berakhir seperti yang diharapkan. Kerjasama yang diimpikan tidak berlaku secara dua hala. Setiap tahun, saya bertungkus-lumus mencari aktiviti bagi "menghidupkan" MoU tersebut, tetapi sambutan dari pihak satu lagi sangat minimum—malah kadangkala terasa seperti hanya sebelah pihak yang berusaha.
Saya pernah juga menjemput mereka untuk berkongsi ilmu dalam kelas, tetapi untuk menjayakan aktiviti penyelidikan bersama amat sukar, walaupun saya sendiri memperoleh geran dalam bidang berkaitan. Akhirnya, setelah lebih 3 tahun memikul tanggungjawab ini, saya serahkan tugas itu kepada rakan pensyarah lain yang lebih berminat dan bersedia.
📌 Pengajaran penting yang saya dapat:
- Jangan kejar MoU jika jaringan dan komitmen dua hala belum wujud.
- Jangan anggap MoU sebagai permulaan kerjasama — ia sepatutnya lahir dari hubungan yang telah terbina.
- Tiada guna menandatangani dokumen jika tidak disertai rasa tanggungjawab bersama.
Thursday, 10 July 2025
Running Hybrid 1D-@D Unsteady Flow in HEC-RAS: Stability Improvement Tips
Monday, 7 July 2025
Tahniah Aisyah memenangi Gangsa (ke-3) Anugerah Pembangunan Sektor Air Sempena Hari Air Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan
Alhamdulillah, menerima berita baik bahawa graduan sarjana 2024, iaitu Nor Aisyah Syafiqah binti Nordin telah memenangi Gangsa Anugerah Pembangunan Sektor Air yang dikenali dahulu sebagai Anugerah Tesis Terbaik sempena Hari Air Sedunia 2025 peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia (JPS) di Kuantan, Pahang pada 5hb Julai 2025 (Sabtu).
Sebagai penyelia, saya berbangga dengan kejayaan graduan saya ini. Ini membuktikan penyelidikan kami di UniMAP setara dan sebaik daripada universiti awam lain.
Ini kali ke-2 graduan saya menerima anugerah ini. Sebelum ini, Zahran saya iaitu graduan sarjana 2023 turut menerima anugerah yang sama. Beliau memenangi Emas dalam anugerah tersebut.
Semoga kejayaan Aisyah ini menjadi satu titik pada beliau untuk semangat untuk berjaya dalam bidang yang beliau hadapi.Ada juga mengalakkan beliau untuk sambung pengajian, namum mungkin ingin fokus pada anak dan keluarga, beliau tidak meneruskan pengajian phd dalam terdekat ini.




.jpeg)

.jpeg)