Alhamdulillah, menerima berita baik bahawa graduan sarjana 2024, iaitu Nor Aisyah Syafiqah binti Nordin telah memenangi Gangsa Anugerah Pembangunan Sektor Air yang dikenali dahulu sebagai Anugerah Tesis Terbaik sempena Hari Air Sedunia 2025 peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia (JPS) di Kuantan, Pahang pada 5hb Julai 2025 (Sabtu).
Sebagai penyelia, saya berbangga dengan kejayaan graduan saya ini. Ini membuktikan penyelidikan kami di UniMAP setara dan sebaik daripada universiti awam lain.
Ini kali ke-2 graduan saya menerima anugerah ini. Sebelum ini, Zahran saya iaitu graduan sarjana 2023 turut menerima anugerah yang sama. Beliau memenangi Emas dalam anugerah tersebut.
Semoga kejayaan Aisyah ini menjadi satu titik pada beliau untuk semangat untuk berjaya dalam bidang yang beliau hadapi.Ada juga mengalakkan beliau untuk sambung pengajian, namum mungkin ingin fokus pada anak dan keluarga, beliau tidak meneruskan pengajian phd dalam terdekat ini.


.jpeg)

.jpeg)
No comments:
Post a Comment