In this tutorial, we explore how to delineate a catchment using QGIS, focusing on the powerful r.watershed algorithm from the GRASS GIS toolbox. This tool allows users to generate flow direction, flow accumulation, and watershed boundaries directly from a Digital Elevation Model (DEM). Whether you're a student learning hydrological analysis for the first time or a practitioner refining your workflow, this guide provides a clear, step‑by‑step approach to producing reliable catchment boundaries using open‑source software.
Thursday, 25 December 2025
Monday, 27 October 2025
Inisiatif Dana Penerbitan Buku Dalam Bahasa Melayu Tahun 2025
Alhamdulillah, seronok rasanya. Terima kasih pada UniMAP di atas Inisiatif Dana Penerbitan Buku Dalam Bahasa Melayu Tahun 2025 yang baru diterima ini, untuk buku saya yang bertajuk " Pemodelan Sumber Air Menggunakan Perisian HEC-HMS Bagi Hutan Taman Negeri Perlis".
Insentif ini pastinya menjadi suntikan semangat untuk saya terus berkarya dan memartabatkan Bahasa Melayu dalam dunia akademik. Terima kasih juga kepada Penerbit UniMAP, Fakulti Kej & Teknologi Awam, Jabatan Perhutanan Negeri Perlis dan rakan-rakan yang sentiasa menyokong.
Buku boleh dibeli disini (https://shorturl.at/VyL31) dengan harga RM 37.
Terima kasih.
Friday, 17 October 2025
Getting started with Anaconda and Python on Windows
How to download the CMIP6 projected climate change weather data? Using legacy CDS
I found a good article on how to download and process the CMIP6 for projecting the climate change data. The original article can be seen here (https://www.linkedin.com/pulse/how-download-cmip6-projected-climate-change-weather-data-callejo-pyqlc/). The article is as follows:
Monday, 13 October 2025
Python for Beginners Tutorial
Sunday, 5 October 2025
Tahniah Penerbitan: Catchment Delineation and LULC Classification of the Upper Catchment of the Timah-Tasoh Reservoir Using DEM and GIS
I am proud to share that my former MSc student, Nor Aisyah Syafiqah Nordin, has successfully published her first journal paper in the International Journal of Integrated Engineering, and it is also the first journal paper to be indexed in Scopus.
Her work on catchment delineation and land use classification using DEM and GIS for the Timah-Tasoh Reservoir is now publicly available and can be downloaded here (https://lnkd.in/gFhmd4bn)
Citation: Nordin, N. A. S., Hassan, Z.*, Mohamed Noor, N., Kamarudzaman, A. N., & Ag Ahmadni, A. S. (2025). Catchment Delineation and LULC Classification of the Upper Catchment of the Timah-Tasoh Reservoir Using DEM and GIS. International Journal of Integrated Engineering, 17(3), 157–164.
Wednesday, 17 September 2025
Sambung Pengajian ke Peringkat PhD. Tips?
Ada seorang graduan daripada program kami, yang juga merupakan pelajar FYP seliaan saya bertanya soalan mengenai sambung pengajian ke peringkat phD. Sebelum ini, beliau telah menyambung pengajian Msc secara course/kursus dan tengah survey peluang-peluang yang ada untuk sambung phd. Ini jawapan saya kepada persoalan beliau:
- Wslm. Nak sambung phd, tgk mana bidang yg kamu minat. Ada orng, pilih bidang yg critical dan bnyak kekosongan, misalnya bidang2 yg universiti kekurangan lecturer. Skrng, ramai lecturer dlm bidang struktur dan bahan, so, cuba buat bidang lain. Tp, kalau kamu dah minat dlm bidang strukur dan bahan, proceed.
- Supervisor, cari yg ada pm dan professor. Sbb sv yg mcm ini, dia ada pengalaman. Kedua, dia ada resource. Ketiga, mungkin mereka bnyak student postgraduate, yg boleh guide kamu dalam research juga. Cari juga sv yg banyak hasilkan publication journal berimpak journal. So, nanti kamu akan dpt aura untuk menulis.
- Sambung phd ini, banyak pakai duit. Kalau kamu nak, cari sv yg ada geran penyelidikan. Yg bagus, kalau ada geran 3 tahun, sbb phd biasanya duration 3 tahun. Biasanya untuk geran ini, kamu akan dpt elaun rm2k keatas. Ikut budi bicara sv. Pastikan geran tu aktif 3 tahun, baru kamu akan peace of mind buat phd. Tp, sy suggest buat full time phd dan kena fokus utk hbs phd kurang 3 tahun. Kalau geran tu kurang 3 tahun, pastikan sv kamu tu yg jenis banyak dpt geran. So, tamat satu geran, ada geran lain yg boleh support kajian kamu. Ramai yg tak boleh survive phd sbb salah percaturan kewangan ini.
- Ada juga skim biasiswa daripada universiti kita panggil slai. Nanti universiti akan tanggung yuran dan bagi elaun 2k. Tiga tahun juga. Lps hbs pengajian phd, kamu akan ikan kontrak dgn universiti tawar slai tu. tp slai ini mcm tak terbuka sgt dan dalaman. Biasanya dia bg yg pelajar first class degree universiti tu. ini kamu kena rajin tanya dgn fakulti-fakulti yg ada kt malaysia ini. Kadangkala mereka iklan kan. Tp skrng jarang mereka iklan. Biasanya calon tu dpd program unvirsti sendiri. Misalnya, kamu dulu buat degree unimap. Lps tu cgpa kamu bagus. Nanti dekan ppkas akan hubungi akan tawar slai untuk kamu utk sambung master/phd.
- Biasanya saya tak recomended buat part time phd. Sbb phd ini, dia kena fokus 100%. Mcm kamu buat master sblm ini, kamu master by course atau by research? Msc by course biasanya orng boleh buat part time. Tp, jarang kita dgr orng buat msc by research. Sbb msc by research sama level dgn phd, cuma skop kajian di kecil.
- Ramai ja yg guna duit sendiri, declare buat phd full time. Tp sbnrnya bkerja. Tp kalau kamu guna duit geran, sebaiknya bhenti kerja dan buat full time phd. Sbb ada duit elaun dpd geran, dan biasanya sv akan assume pljr buat full time. Mcm sy kata, phd ini kena fokus.
- Sy ada student phd yg bekerja dan mengajar. Memang mereka ending tak fokus dan ending, terminate sebab melebihi tempoh maximum phd.
- Ni seorang phd yg dpd indonesia, sy rasa dia pun akan kena terminate. 😅
- Phd ini memang kamu planning nak masuk akademik line, apply lah. Kalau setakat nak kerja industri, ijazah dah memadai. Tp, ada ja yg smbung phd sbb nak knowledge walaupun tak masuk akademik line.
- Kamu ada mastr, boleh juga apply jd lecturer. Lps jd lecturer, boleh sambung phd. Nanti dpt skim slab yg khas utk lecturer.
- Biasanya orng dlm industri, jarang nak keluar masuk akademik line. Gaji umur 35 tahun, dah tinggi kalau dlm industri. Janji ada PE. Bila dah bnyak duit, buka consultant sendiri. Atau jd contractor.
- Masuk akademik line, kena downgrade. Gaji rendah. Hahaha
- Satu lg. kalau buat projek under geran, biasanya kamu kena buat projek under skop kajian geran tu. biasanya dah ada title. Tp, apa2 kena bincang dgn sv yg ada geran, title, skop dan elaun brp dpt.
- satu lagi, kena tgk syarat untuk graduasi. Misalnya, UM syarat untuk viva (graduate), kena ada 3 journal paper dengan impact factors Q1/2. So, banyak postgraduate UM yang buat phd tak boleh graduate selagi tak publish 3 journal papers. ada staff XXX yang smpai skrng tak dpt lagi phd dari UM sbb isu ini. Nak publish journal paper yg impact factor q1/2 bukan senang. So, kamu kena pasti universiti yg syarat bergaduasi senang. setahu sy, setakat ini mcm UiTM, UTM, UTHM masih rendah. ada universiti, journal index scopus pun memadai.
- itu sbb cari sv yg selalu terbit dalam impact factor. dorang ada trick nak tembus. ada tu walaupun ada prof, tp penerbitan out. sbb dia dpt prof melalui laluan pentadbiran. cari yg betul2 dlm bidang penyelidikan dan penerbitan.
- hahaha. sy suka ja jwb pertanyaan pljr. tp pljr yang suka kata sy ini suka membebel 😛 . all the best, moga kamu berjaya capai cita-cita kamu.
Monday, 28 July 2025
Pemilihan kaedah/teknik interpolate dalam GIS
Saya dapatkan infografi seperti dibawah yang menarik teknik-teknik yang ada dalam interpolate data menggunakan GIS. Sumber boleh dirujuk disini (original source).
Wednesday, 16 July 2025
Refleksi ringkas tentang MoU dan realiti kerjasama akademik
| Sesi lawatan kursus Urban Stromwater Management ke Kampus Kej. USM dan REDAC (2019) |
Namun realitinya, tidak semua MoU berakhir seperti yang diharapkan. Kerjasama yang diimpikan tidak berlaku secara dua hala. Setiap tahun, saya bertungkus-lumus mencari aktiviti bagi "menghidupkan" MoU tersebut, tetapi sambutan dari pihak satu lagi sangat minimum—malah kadangkala terasa seperti hanya sebelah pihak yang berusaha.
Saya pernah juga menjemput mereka untuk berkongsi ilmu dalam kelas, tetapi untuk menjayakan aktiviti penyelidikan bersama amat sukar, walaupun saya sendiri memperoleh geran dalam bidang berkaitan. Akhirnya, setelah lebih 3 tahun memikul tanggungjawab ini, saya serahkan tugas itu kepada rakan pensyarah lain yang lebih berminat dan bersedia.
📌 Pengajaran penting yang saya dapat:
- Jangan kejar MoU jika jaringan dan komitmen dua hala belum wujud.
- Jangan anggap MoU sebagai permulaan kerjasama — ia sepatutnya lahir dari hubungan yang telah terbina.
- Tiada guna menandatangani dokumen jika tidak disertai rasa tanggungjawab bersama.
Thursday, 10 July 2025
Running Hybrid 1D-@D Unsteady Flow in HEC-RAS: Stability Improvement Tips
Monday, 7 July 2025
Tahniah Aisyah memenangi Gangsa (ke-3) Anugerah Pembangunan Sektor Air Sempena Hari Air Sedunia 2025 Peringkat Kebangsaan
Alhamdulillah, menerima berita baik bahawa graduan sarjana 2024, iaitu Nor Aisyah Syafiqah binti Nordin telah memenangi Gangsa Anugerah Pembangunan Sektor Air yang dikenali dahulu sebagai Anugerah Tesis Terbaik sempena Hari Air Sedunia 2025 peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia (JPS) di Kuantan, Pahang pada 5hb Julai 2025 (Sabtu).
Sebagai penyelia, saya berbangga dengan kejayaan graduan saya ini. Ini membuktikan penyelidikan kami di UniMAP setara dan sebaik daripada universiti awam lain.
Ini kali ke-2 graduan saya menerima anugerah ini. Sebelum ini, Zahran saya iaitu graduan sarjana 2023 turut menerima anugerah yang sama. Beliau memenangi Emas dalam anugerah tersebut.
Semoga kejayaan Aisyah ini menjadi satu titik pada beliau untuk semangat untuk berjaya dalam bidang yang beliau hadapi.Ada juga mengalakkan beliau untuk sambung pengajian, namum mungkin ingin fokus pada anak dan keluarga, beliau tidak meneruskan pengajian phd dalam terdekat ini.
Wednesday, 25 June 2025
Perubahan Iklim Terhadap Malaysia: Ancaman Nyata yang Tidak Boleh Diabaikan
Thursday, 5 June 2025
Jom beli buku "Pemodelan Sumber Air Menggunakan Perisian HEC-HMS Bagi Hutan Taman Negeri Perlis"
Alhamdulillah, buku pertama saya boleh didapati dan dibeli melalui Penerbit UniMAP melalui tiga platform, iaitu:
- UniMAP Press
- Shopee, dan
- Lazada.
Buku ini berharga RM33.30. Pada yang berminat, boleh guna link diatas untuk membuat pembelian.
Siapa yang sesuai untuk beli buku ini?
- Pelajar yang sedang membuat Projek Akhir Tahun, Master, atau PhD yang menggunakan HEC-HMS sebagai perisian hidrologi.
- Jurutera yang ingin mendapat idea serta merekabentuk sistem saliran.
- Pembuat polisi seperti jabatan kerajaan dan tempatan yang ingin melihat bagaimana sistem lembangan berfungsi.
Tuesday, 27 May 2025
CALL FOR PAPER: INTERNATIONAL CONFERENCE ON CIVIL ENGINEERING & TECHNOLOGY (CIVENTECH 2025) (Extended Date)
We are pleased to announce that the Faculty of Civil Engineering & Technology, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), will be organising the INTERNATIONAL CONFERENCE ON CIVIL ENGINEERING & TECHNOLOGY (CIVENTECH 2025).
Date: 10-11 September 2025
Venue: Kuala Lumpur, Malaysia
Theme: Synergizing Technologies in Civil Engineering and Construction towards Digitalization Age
Event Mode: Hybrid Conference
KEYNOTE SPEAKERS:Keynote Speaker 1 :
Prof. Dr. Ma Chenxiang
Deputy Director, Gansu Research Institute for Water Conservancy, China
Keynote Speaker 2 :
Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa
Director, River Basin Division, NAHRIM, Malaysia
Keynote Speaker 3 :
Sr Wan Ainon Zuraiha Khalid CQS FRISM MRICS
Deputy President of Royal Institution of Surveyor Malaysia
Director of A+I Consult (QS Consultancy Firm)
CONFERENCE TRACKS (but not limited to):• Structural Engineering & Technology
• Geotechnical Engineering
• Highway Engineering
• Transportation And Traffic Engineering
• Environmental Engineering & Technology
• Construction Technology & Management
• Sustainable Infrastructure
• Coastal Engineering
• Disaster Management
• Earthquake Engineering
• Geomatic Engineering
• Construction Safety
• Built Environment
• Hydrology and Hydraulic
• Construction Materials
IMPORTANT DATES:• Submission of abstract:
• Notification of abstract acceptance: 15 April 2025
• Early Bird Registration : 30 May 2025
• Submission of full paper: 15 August 2025
• Conference date: 9-10 September 2025
PUBLICATION:All accepted papers (with payment) will be published in Scopus-Indexed Conference Proceedings. Selected papers will be considered for publication in Scopus-Indexed Journal with additional fees.
“We look forward to your participation in CIVENTECH 2025!”
Thanks with Regards,
CIVENTECH2025 Secretariat
Faculty of Civil Engineering & Technology,
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP),
Kompleks Pusat Pengajian Jejawi 3,
02600 Arau,
Perlis, Malaysia.
Email: civentech@unimap.edu.my
Website : https://civentech.unimap.
Call for Reviewer and Co- Organiser : https://forms.gle/
Sunday, 18 May 2025
Cara Nak "Clip" atau "Potong" Raster Mengikut Poligon Menggunakan QGIS
Bayangkan bila kita ada raster misalnya data Digital Elevation Model (DEM) dalam format .tif dan kita ingin "clip" atau memotong raster tersebut mengikut saiz dan bentuk yang kita inginkan. Dengan QGIS, kita boleh menggunakan “clip raster by mask layer” daripada Processing Toolbox.
Langkah-langkah penggunaanya:
Langkah 1
Pastikan raster telah diloading didalam QGIS dan create atau open polygon yang ingin di clip dengan raster.
![]() |
| Pastikan layer untuk raster dan poligon ada. |
Langkah 2
Pergi ke Processing Toolbox > GDAL > Raster extraction > clip raster by mask layer.
![]() |
| Guna toolbox ini, "clip raster by mask layer" |
Boleh juga search function ini dalam Processing Toolbox
Pada Input layer, pilih raster yang hendak clip. Kemudian, pada Mask layer, pilih polygon yang hendak kita clip pada raster. Pastikan untuk pilih dan tick “Match the extent of the clipped raster to the extent of the mask layer”. Pilih juga untuk simpan raster ini dengan pilih directory dan filename apa.
![]() |
| Masukkan data-data sesuai |
Akhirnya, klik butang Run.
![]() |
| Siap! |
Semoga manfaat.
Sumber (klik sini)
Perisian GIS
Perisian GIS ialah perisian yang digunakan untuk mengumpul, menyimpan, menganalisis, mengurus, dan memaparkan data geospatial atau data yang berkaitan dengan lokasi di permukaan bumi. Perisian ini membolehkan pengguna memahami corak, hubungan, dan trend dalam data spatial.
Berikut adalah beberapa contoh perisian GIS yang popular:
![]() |
| Rajah 3: Perbezaan antara perisian-perisian GIS yang ada dipasaran (Sumber: https://www.linkedin.com/pulse/comparing-4-most-common-gis-software-ouayc/) |
ArcGIS: Dibangunkan oleh Esri, ArcGIS adalah perisian GIS yang paling meluas digunakan dalam pelbagai bidang seperti pemetaan, perancangan bandar, pengurusan sumber alam, dan lain-lain. Ia menawarkan pelbagai fungsi termasuk analisis spatial, kartografi, dan pengurusan data.
QGIS (Quantum GIS): Perisian GIS sumber terbuka dan percuma yang sangat popular. Ia mempunyai banyak fungsi yang boleh menandingi perisian komersial dan sering digunakan oleh individu serta organisasi yang ingin mengelakkan kos tinggi.
GRASS GIS: GIS sumber terbuka yang digunakan untuk analisis spatial dan pemprosesan data raster dan vektor. Ia sering digunakan untuk penyelidikan dan akademik.
MapInfo Professional: Satu lagi perisian GIS komersial yang digunakan untuk analisis data geospatial dan pembuatan peta.
Google Earth Pro: Walaupun lebih fokus kepada visualisasi dan eksplorasi data geografi, versi Pro menyediakan beberapa alat analisis GIS asas.
AutoCAD Map 3D: Dibangunkan oleh Autodesk, perisian ini menggabungkan GIS dengan reka bentuk kejuruteraan CAD, membolehkan pengguna mengedit data geospatial dan membangunkan peta.
Setiap perisian mempunyai kebaikan dan juga keburukan. Terpulang kepada pengguna untuk mengguna perisian yang sesuai dengan projek atau kajian masing-masing. Jika saya, saya terdedah kepada ArcGIS dan juga QGIS. Ini kerana ArcGIS merupakan perisian popular digunapakai terutama oleh agensi kerajaan seperti JUPEM dan JPS. QGIS pula merupakan perisian percuma dan menjadi salah satu alternatif selain ArcGIS yang memerlukan kita untuk melanggan lesen yang mahal.
Untuk AutoCAD, kerana saya juga seorang jurutera awam, memang perisian ini menjadi pilihan. Sekarang AutoCAD terutama versi AutoCAD Map mempunyai fungsi GIS dan memudahkan jurutera projek bangunan dengan koordinate yang sesuai. Walaupun begitu, disebabkan bidang saya lebih kepada pengurusan air, saya terbiasa menggunakan ArcGIS dalam pengumpulan, analisa, dan perkongsian data dengan pihak dan agensi yang terlibat.
Walaupun begitu, disebabkan langanan ArcGIS yang mahal, pengguna seperti saya yang menggunakan GIS untuk kajian dan projek yang kecil, merasakan terbeban jika menggunakan ArcGIS. Oleh itu, QGIS menjadi pilihan kerana ianya percuma dan disamping analisa didalam perisian ini setanding dengan perisian yang berbayar.
Apa itu GIS?
Geographic Information System (GIS) adalah sistem yang dirancang untuk mengumpulkan, menyimpan, menganalisis, dan menampilkan data geografi dan spatial sepertimana ditunjukkan pada Rajah 1. GIS memungkinkan analisa data yang terkait dengan lokasi tertentu di permukaan bumi, sehingga membantu dalam memahami pola, hubungan, dan trend geografi.
![]() |
| Rajah 1: Komponen dalam GIS |
Komponen Utama GIS:
- Data Spatial: Informasi tentang lokasi geografi yang dapat berupa peta digital, satelit, atau data lain yang menunjukkan pada lokasi tertentu.
- Perkakasan (Hardware): Komputer dan alatan lain yang digunakan untuk menjalankan perkakasan GIS.
- Perisian (Software): Program yang digunakan untuk memproses dan menganalisis data spatial, seperti ArcGIS, QGIS (Rajah 2), atau perisian lainnya.
- Data-Data bukan spatial: Informasi deskriptif yang melengkapi data spatial, seperti data demograf atau statistik.
- Pengguna: Orang yang mengoperasikan GIS, seperti analis data, jurutera, dan pelajar.
Fungsi dan Manfaat GIS:
- Pemetaan: Menyediakan peta yang interaktif dan informatif.
- Analisis Spatial: Menganalisis hubungan spatial, seperti jarak dan kepadatan populasi.
- Pengkelasan: Membantu dalam pengkelasan kawasan, zon, dan perancangan wilayah.
- Pengurusan Sumber Alam: Memantau dan mengelola penggunaan tanah, pengurusan air, dan alam sekitar.
- Pemantauan dan Response Kecemasan: Pelan dan pengurusan bencana dan kecemasan.
Secara keseluruhan, GIS digunakan di berbagai bidang seperti pengurusan pembandaran, geologi, jalan raya dan kenderaan, serta banyak lagi. Hal ini karena kemampuan GIS untuk mengintegrasikan data dari berbagai sumber dan kebolehan menunjukkan lokasi yang tepat.
![]() |
| Rajah 2: Perisian QGIS yang merupakan antara perisian percuma yang popular |
Perisian GIS:
Terdapat banyak perisian GIS yang terdapat dipasaran. ArcGIS, merupakan perisian paling popular dan banyak digunakan oleh agensi-agensi kerajaan dan swasta di Malaysia. Walaupun begitu, blog ini akan menggunakan perisian yang terbuka (open source) dan sering menjadi pilihan selain ArcGIS, iaitu QGIS.
Wednesday, 30 April 2025
Karnival Jom Masuk U 2025 (Zon Selatan) (26-27 Apr 2025)
26-27 Apr 2025
Dewan Cancelori, UTeMPada tarikh berkenaan, saya bersama-sama wakil promosi universiti telah pergi Karnival Jom Masuk U, dihalaman negeri kelahiran saya di Melaka. Memang ambil peluang ini untuk balik ke kampung, sambil promosikan program-program yang ada di UniMAP. Karnival kali ini penuh dengan para pelajar dan ibu bapa yang mencari info bagi program-program pengajian yang ada di universiti awam mahupun institusi pengajian swasta, terutama apabila keputusan SPM baru sahaja diumumkan.
Saya sebenarkan bukan yang suka bercakap dan peramah, ambil peluang ini untuk belajar dan melihat staf lain mempromosikan program. Seronok tengok kesunguhan PM Dr Wong, yang mempromosi program universiti walaupun program tersebut bukan daripada fakulti kami. Moga lepas ini, saya pun dapat perbaiki skill bercakap dan lebih aktif dalam percakapan awam i
Terima kasih UniMAP dan Bahagian Promisi & Pemasaran atas peluang ini.
Sumber: https://www.facebook.com/share/p/16V7zxtgES/
Tuesday, 8 April 2025
Tips untuk menjadi pelajar FYP yang bagus dan disukai oleh pensyarah (penyelia)?
✅ Tunjukkan Inisiatif & Berdikari
- Jangan tunggu pensyarah “spoon-feed”. Cuba buat dulu research, baca journal, atau cadangkan idea sebelum bertanya.
- Datang dengan soalan atau update, bukan dengan “Saya tak tahu nak buat apa.”
- Hantar email/whatsapp dengan sopan dan tepat.
- Datang ke meeting tepat waktu dan jangan last-minute minta review atau tandatangan.
- Buat jadual mingguan atau milestone.
- Update penyelia secara berkala – walaupun progress sikit, tunjuk yang anda komited.
- Jangan ambil hati bila dikritik – itu tanda pensyarah ambil berat.
- Tunjuk sikap “boleh belajar” dan bersedia improve.
- Simpan semua dokumen berkaitan projek – jurnal yang dibaca, catatan perbincangan, versi kod, dsb.
- Bila pensyarah minta update, anda boleh tunjuk dengan jelas.
- Guna bahasa profesional bila mesej/email.
- Bila nak tanya atau minta tolong, nyatakan dengan jelas
- Faham setiap bahagian projek anda – dari background theory sampai implementation.
- Pensyarah suka pelajar yang tahu apa yang dia buat dan boleh huraikan dengan yakin.
Monday, 10 March 2025
CALL FOR PAPER: INTERNATIONAL CONFERENCE ON CIVIL ENGINEERING & TECHNOLOGY (CIVENTECH 2025)
Call for Reviewer and Co- Organiser : https://shorturl.at/xAI6w
Abstract Submission : https://surl.gd/shxusx
Email: civentech@unimap.edu.my
Website : https://civentech.unimap.edu.my/index.php
We are pleased to announce that the Faculty of Civil Engineering & Technology, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), will be organising the INTERNATIONAL CONFERENCE ON CIVIL ENGINEERING & TECHNOLOGY (CIVENTECH 2025).
Date: 10-11 September 2025
Venue: Kuala Lumpur, Malaysia
Theme: Synergizing Technologies in Civil Engineering and Construction towards Digitalization Age
Event Mode: Hybrid Conference
KEYNOTE SPEAKERS:
Keynote Speaker 1 :
Prof. Dr. Ma Chenxiang
Deputy Director, Gansu Research Institute for Water Conservancy, China
Keynote Speaker 2 :
Ir. Ts. Gs. Dr. Safari bin Hj. Mat Desa
Director, River Basin Division, NAHRIM, Malaysia
Keynote Speaker 3 :
Sr Wan Ainon Zuraiha Khalid CQS FRISM MRICS
President of Royal Institution of Surveyor Malaysia
Director of A+I Consult (Design and Cost Professional)
CONFERENCE TRACKS (but not limited to):
* Structural Engineering & Technology
* Geotechnical Engineering
* Highway Engineering
* Transportation And Traffic Engineering
* Environmental Engineering & Technology
* Construction Technology & Management
* Sustainable Infrastructure
* Coastal Engineering
* Disaster Management
* Earthquake Engineering
* Geomatic Engineering
* Construction Safety
* Built Environment
* Hydrology and Hydraulic
* Construction Carbon Costing
* Civil Engineering Finance and Procurement
* Construction Materials
IMPORTANT DATES:
* Submission of abstract: 15 March 2025
* Notification of abstract acceptance: 15 April 2025
* Early Bird Registration : 30 May 2025
* Submission of full paper: 15 August 2025
* Conference date: 10-11 September 2025
PUBLICATION:
All accepted papers (with payment) will be published in Scopus-Indexed Conference Proceedings. Selected papers will be considered for publication in Scopus-Indexed Journal with additional fees.
“We look forward to your participation in CIVENTECH 2025!”
.png)







.jpeg)

.jpeg)














