Thursday, 25 June 2026

Ceramah: Strategi Komuniti Berdaya Tahan Dalam Menghadapi Bencana Iklim

Terima kasih Ts. Dr. Nurfadzillah serta Sr. Ts. Dr. Muhammad Azizi dari Fakulti Kejuruteraan & Teknologi Awam (FKTA), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) atas peluang untuk menjadi penceramah bagi program Bersedia Hadapi Iklim: Resiliensi Infrastruktur dan Komuniti di bawah geran sumbangan UNESCO Malaysia. Ceramah saya bertajuk "Strategi Komuniti Berdaya Tahan dalam Menghadapi Bencana Iklim" yang telah diadakan pada 24hb Jun 2026 pada pukul 2-4 petang di  Bilik Seminar, FKTA. 




Wednesday, 17 June 2026

Alhamdulillah, Kini Bergelar "Gs" (Geospatialist) Sempena Keahlian Profesional di IGRSM


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi. Hari ini saya ingin mencoretkan satu lagi detik bermakna dalam perjalanan kerjaya akademik dan profesional saya.

Pada 15hb Jun 2026, saya telah menerima khabar gembira apabila secara rasminya diterima sebagai Ahli Profesional (Professional Member) di bawah Institution of Geospatial and Remote Sensing Malaysia (IGRSM) dengan nombor pendaftaran keahlian M1800.

Bagi yang mungkin belum begitu familiar, pendaftaran ini membolehkan saya menggunakan gelaran profesional "Gs" (Geospatialist) pada pangkal nama. IGRSM adalah sebuah badan profesional yang sangat aktif dalam mempromosikan dan memajukan bidang geospatial serta penderiaan jauh (remote sensing) di Malaysia.

Kenapa pengiktirafan ini penting bagi saya?

Sebagai seorang pendidik dan penyelidik di Jabatan Kejuruteraan Awam, Fakulti Teknologi dan Kejuruteraan Awam (FKTA), Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), aplikasi teknologi geospatial dan pemetaan kini menjadi elemen yang sangat kritikal dalam pelbagai cabang kejuruteraan awam. Dari perancangan infrastruktur hingga  pengurusan alam sekitar, data geospatial memainkan peranan penting dalam pembuatan keputusan yang tepat.


Saya melihat pencapaian ini bukan sekadar satu gelaran baharu pada nama, tetapi sebagai satu amanah dan batu loncatan. Harapan saya, pengiktirafan sijil profesional ini dapat memberikan nilai tambah yang signifikan kepada FKTA dan UniMAP, sama ada melalui peningkatan kualiti pengajaran di dalam kelas, geran penyelidikan pada masa hadapan, mahupun jaringan kerjasama dengan pihak industri.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak pengurusan fakulti, rakan-rakan sekerja yang sentiasa memberi sokongan, serta para pelajar saya. Kejayaan ini juga untuk anda semua.

Sekian,

Prof. Madya Gs. Dr. Zulkarnain Hassan
UniMAP