Monday, 31 August 2026

Empangan Timah‑Tasoh kritikal, kolam takungan alternatif perlu dipertimbang

Terima kasih MG

Terima kasih kepada editor MalaysiaGazette (MG) kerana menerbitkan pandangan saya mengenai situasi semasa di Empangan Timah‑Tasoh dengan tajuk “Empangan Timah‑Tasoh kritikal, kolam takungan alternatif perlu dipertimbang”. Artikel penuh boleh dibaca di sini: https://malaysiagazette.com/2026/08/28/empangan-timah-tasoh-kritikal-kolam-takungan-alternatif-perlu-dipertimbang/

Cadangan alternatif yang saya utarakan sebenarnya datang daripada rakan saya di Syarikat Air Perlis Sdn. Bhd., yang melihat potensi besar pada Terusan Lencongan Banjir yang diselia oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Perlis. Dengan kualiti air yang baik dan aliran yang stabil, terusan ini berpotensi menjadi lokasi yang sesuai untuk pembinaan kolam takungan, seperti pendekatan yang berjaya dilaksanakan di Selangor. Namun, isu Non‑Revenue Water (NRW) di Perlis masih tinggi. 

Justeru, selain menilai cadangan kolam takungan melalui kajian terperinci, usaha meningkatkan kecekapan sistem saliran sedia ada melalui penggantian paip lama dengan paip baharu merupakan langkah yang lebih segera dan berkesan untuk mengurangkan kehilangan air. 

Thursday, 13 August 2026

Penerbitan: A comparative study of soil moisture accounting and soil conservation service curve number methods for modelling water yield in an ungauged tropical forest catchment

Screenshot daripada website jurnal

Hassan, Z., Sah, S.S. Kamarudzaman, A.N., Rumata, N.A., Mansida, A. (2026). A comparative study of soil moisture accounting and soil conservation service curve number methods for modelling water yield in an ungauged tropical forest catchment. Water Practice and Technology, 21(8), 4000-4023. https://doi.org/10.2166/wpt.2026.409 

Alhamdulillah, manuskrip yang ke-3 diindex dalam WOS yang telah ditulis oleh saya sendiri (corresponding author) telah diterbitkan oleh Water Practice & Technology. Syukur dan saya rasa gembira, hasil analisa untuk 3 tahun ini berjaya diterbitkan. Kajian projek ini bermula dengan saya menerima jemputan daripada Jabatan Perhutanan Negeri Perlis (JPNPls) untuk menjalankan projek. Ketika itu, saya menerima dana industri daripada JPNPls dan juga geran dalaman daripada UniMAP untuk menjalankan projek ini. Menerusi projek ini juga, saya dapat menyelia pelajar sarjana saya ke-2, Nor Aisyah Syafiqah Nordin, serta menghasilkan sebuah buku yang bertajuk "Pemodelan Sumber Air Menggunakan Perisian HEC-HMS bagi Hutan Taman Negeri Perlis". Menerusi Aisyah, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa manuskrip di journal dan juga buku proceeding yang diindex di Scopus. 

Disebabkan banyak publikasi yang diterbitkan oleh Aisyah di kawasan Empangan Timah-Tasoh, saya rasa hasil kajian yang saya analisa sendiri seperti diterbitkan dalam buku saya tidak sesuai untuk diterbitkan untuk journal. Oleh itu, saya menganalisa semula dengan menggunakan kaedah yang baru, iaitu Soil Moisture Accounting (SMA) yang boleh dirun didalam HEC-HMS serta memerlukan data suhu. Kaedah yang lama iaitu Soil Conservation Service Curve Number (SCS-CN) yang merupakan kaedah yang biasa saya guna jika memodelkan kawasan tadahan dibandingkan dengan kaedah SMA, dan kali ini, saya cuba untuk simulasi aliran sungai atau aliran yang masuk ke empangan untuk masa yang panjang, yang kita kenali sebagai "continous modelling". 

Melalui banyak bacaan dan literatur, saya dapati SMA sesuai untuk "continuous modelling", manakala SCS-CN sesuai untuk "event-modelling". Parameter yang banyak di SMA juga membuat banyak masa saya dihabiskan untuk memahami teori dan cara mendapatkan nilai untuk setiap parameter.

Setelah manuskrip ini siap, saya mencuba nasib untuk menghantarnya ke jurnal "Water Practice & Technology". Journal ini jenis hibrid, di mana saya memilih untuk menghantar ke jurnal yang percuma (subscribe journal). Saya ingin dapatkan maklumbalas daripada process review, supaya saya boleh tambahbaik manuscript saya dan turun ke journal index oleh Scopus. Saya tidak menyangka manuskrip ini telah melewati proses review pertama. Kedua-dua panel memberikan komen yang agak banyak, namun semuanya sangat positif. Selepas saya respond dan baiki manuskrip, saya hantar semula untuk review ke-2. Untuk review ke-2 ini, panel ke-2 mencadangkan beberapa penambahbaikan. Selepas pembaikan dan penghantaran untuk review ke-3, manuskrip ini akhirnya diterima tanpa sebarang pembetulan, Alhamdulillah.

Antara respond kepada reviewer

Ini sebenarnya cabaran ketika publikasi. Bukan senang, dan sebagai ahli akademik, ia menjadi satu KPI yang perlu dicapai. Terima kasih juga kepada semua team dan corresponding authors yang membantu dalam menyiapkan manuskrip ini. Saya tidak lupa juga jasa Aisyah dan Dhavenesan Letchumanan (graduan 2026) yang berkongsi data-data terkini dengan saya. Kita tutup cerita ini dengan gembira dan mulakan projek serta penerbitan baharu selepas ini, insya-Allah.