Friday, 20 December 2024

Cara Buat Kerja-Kerja Perundingan

Apa yang anda buat jika anda seorang pensyarah dalam bidang kejuruteraan, tiba-tiba anda didekati oleh seseorang yang menyatakan mereka daripada syarikat perunding dan beliau menyatakan bahawa ingin membawa anda sebagai sebagai ahli team yang mewakili syarikat dalam merekabentuk bangunan.

Ini bermakna, pihak syarikat ingin anda untuk merekabentuk bangunan untuk pihak syarikat serta anda mungkin akan jadi wakil syarikat untuk membuat perbentangan kepada client bagi membentang rekabentuk tersebut.

Scammer yg berlakon dibawah nama "syarikat perunding"

Tahniah, ini bermakna anda akan membuat kerja-kerja perundingan dan ianya merupakan perkara biasa yang berlaku apabila pihak syarikat ingin outsource kerja mereka kepada ahli akademik.

Kenapa ini berlaku? Ini antara sebab-sebab kenapa syarikat akan approach pensyarah atau ahli akademik bagi membuat kerja-kerja perundingan:

  1. Tiada kepakaran. Kebiasaanya syarikat tidak memiliki kepakaran. Oleh itu, mereka akan outsource kerja kepada pihak lain. Kebiasanya, syarikat-syarikat ini mempunyai rakan peniagaan mereka, walaupun begitu, ada ketika rakan niaganya mungkin tidak sempat untuk melihat kerja yang diberi. Oleh itu, ahli akademik antara pihak yang boleh diharapkan bagi menyiapkan projek-projek seperti ini.
  2. Murah. Ini bagi saya sebab utama kenapa syarikat untuk approach ahli akademik. Kebiasaanya, projek yg kecil, RM10k - 30k adalah harga yang biasa dikenakan oleh ahli akademik sehingga tamat projek. Berbanding jika outsource kepada syarikat lain, harganya akan lebih mahal berbanding harga dibayar kepada ahli akademik.
  3. Projek bermasalah dan memerlukan masa singkat untuk disiapkan. Kebiasaanya, kerja yang dibagi pada ahli akademik biasanya projek bermasalah. Syarikat bermasalah untuk menyiapkan projek disebabkan ketiadaan kepakaran. Saya pernah menerima projek yang sebulan untuk disiapkan, sebenarkan projek tersebut sudah setahun berjalan. Bayangkan, projek setahun dibuat sebulan? Hanya yang betul-betul pakar yang boleh menyiapkan sesuatu projek dengan masa singkat.
Bagaimana kita ingin melakukan konsultansi ini? Ini langkah-langkah (cadangan dpd ChatGPT):

1. Memahami Projek
  • Kajian Awal: Fahami skop, objektif, dan keperluan projek yang diberikan oleh syarikat.
  • Perbincangan dengan Klien: Temui syarikat untuk berbincang tentang visi dan jangkaan mereka terhadap projek tersebut.
  • Kumpul Data: Kumpulkan maklumat penting, seperti latar belakang syarikat, cabaran semasa, dan keperluan yang spesifik.
2. Menyediakan Rancangan Projek
  • Analisis Situasi: Lakukan analisis SWOT (Kekuatan, Kelemahan, Peluang, Ancaman) jika sesuai.
  • Objektif dan Sasaran: Tetapkan objektif yang jelas dan boleh dicapai.
  • Rangka Tindakan: Susun pelan tindakan yang terperinci, termasuk jadual masa, sumber yang diperlukan, dan langkah pelaksanaan.
3. Menyediakan Cadangan dan Kontrak
  • Dokumen Cadangan: Huraikan pendekatan anda untuk menyelesaikan masalah atau mencapai matlamat projek.
  • Kontrak Formal: Sediakan kontrak yang merangkumi skop kerja, kos, jadual masa, dan tanggungjawab kedua-dua pihak.
4. Pelaksanaan dan Pemantauan
  • Laksana Tindakan: Ikut pelan tindakan dengan teliti, sambil berkomunikasi secara berkala dengan pihak syarikat.
  • Pemantauan Kemajuan: Gunakan alat pemantauan projek untuk memastikan semuanya berjalan lancar (contohnya, Microsoft Project, Trello, atau Asana).
5. Melaporkan dan Memberi Cadangan
  • Laporan Berkala: Hantar laporan kemajuan secara berkala kepada syarikat.
  • Cadangan Penambahbaikan: Jika ada isu atau peluang baru yang timbul, cadangkan penyesuaian atau penambahbaikan.
6. Menutup Projek
  • Laporan Akhir: Sediakan laporan akhir yang merangkumi hasil projek, pencapaian objektif, dan sebarang cadangan untuk masa hadapan.
  • Penyampaian: Adakan sesi pembentangan untuk menyampaikan hasil projek kepada syarikat.
  • Maklum Balas: Minta maklum balas daripada syarikat untuk menilai keberkesanan kerja anda.
7. Perkembangan Profesional
  • Hubungan Jangka Panjang: Kekalkan hubungan baik dengan syarikat untuk peluang projek masa depan.
  • Kemaskini Kemahiran: Sentiasa tingkatkan kemahiran dan pengetahuan anda dalam bidang yang relevan untuk menjadi lebih kompetitif.
Petua Penting
  • Komunikasi Berkesan: Pastikan komunikasi dengan klien sentiasa jelas dan terbuka.
  • Ketepatan Masa: Patuhi jadual yang telah ditetapkan.
  • Etika Profesional: Sentiasa bersikap profesional dalam semua aspek pekerjaan.
Jika anda baru dalam bidang konsultasi, mungkin berguna untuk mencari mentor atau menyertai kursus pengurusan projek untuk meningkatkan kemahiran anda.

Itulah langkah-langkah yg dicadangkan oleh ChatGPT. Memang penting itu ikut langkah-langkah berkenaan, terutama Langkah ke-3 (Menyediakan Cadangan dan Kontrak). Sebelum memula apa-apa konsultansi, pasti pihak syarikat memberi kita kontrak atau LOI yang menyatakan bayaran. Selepas jelas hitam putih perjanjian, barulah kita mulakan projek.Pengalaman saya, banyak syarikat akan meminta kita buat projek tanpa berbincangan mengenai bayaran. Setelah projek habis dibuat atau kita dah jalankan projek, percayalah syarikat kebiasaanya akan tidak membayar hasil kerja kita. Saya sendiri banyak terkena dengan syarikat-syarikat ini.

Semoga semua mendapat manfaat daripada penulisan ini. Ingat, pastikan dapatkan kontrak/LOI utk pembayaran, sebelum kita memulakan projek. Ramai syarikat kt luar sana yang bermulut manis dan panjang songkoknya, tapi mereka sebenarnya musang yg suka mengambil kesempatan pada orang lain, terutama ahli akademik.

Wednesday, 13 November 2024

Istiadat Konvokesyen UniMAP kali ke-19

Pada Istiadat Konvokesyen UniMAP kali ke-19, terdapat seorang graduan sarjana dan 2 orang graduan FYP saya yang menaiki pentas untuk menerima skrol masing-masing. Tahniah pada Nor Aisyah Syafiqah, graduan sarjana serta Muhammad Syukri dan Nor Ejati, graduan sarjana muda serta pelajar FYP saya yang berjaya bergraduasi kali ini. Tahniah saya ucapkan kerana saya percaya, kejayaan yang dicapai kali ini bukan mudah, terutama dibawah seliaan saya.

Aisyah, graduan sarjana (kej awam)

Ejati dan Syukri, graduan FYP2023/2024

Saya berharap kesemuanya berjaya dalam bidang dan pekerjaan yang diceburi. InsyaAllah, ada ruang dan umur, kita semua akan berjumpa lagi.

Tuesday, 24 September 2024

Tahniah Zahran, Pemenang Pingat Emas Tesis Terbaik Sumber Air dan Hidrologi bagi Kategori Sarjana Sempena Hari Sungai Sedunia

Pada 21hb September 2024, bekas pelajar sarjana dibawah seliaan saya bersama PM Dr Remy (USM) telah menerima anugerah pingat Emas untuk Tesis Terbaik Sumber Air dan Hidrologi bagi kategori sarjana (master) sempena Hari Sungai Sedunia anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur dan juga para panel yang telah memilih tesis ini. 

Dengan ini, Zahran membawa pulang sijil penghargaan serta wang tunai sebanyak RM 950. Dengan anugerah ini, dapat menyuntik semangat Zahran untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, insyaAllah.




Thursday, 5 September 2024

Considering the tidal gate in the 1D-HEC-RAS modelling

Jika kita ingin rekabentuk sungai yang hilir sungai terletak tidal gate? Bagaimana nak kita modelkan menggunakan HEC-RAS dengan mengambil kira rekabentuk tidal gate ini. Oleh itu, skrng dunia AI, tanya sahaja chatGPT. Jawapannya lagi bijak dpd kita tanya kawan-kawan kita lebih2 yang kedekut ilmu, hahaha. Ini pertanyannya:
_______________________

Question:

In my 1D river modelling, the river has a tidal gate at the end. How do we consider the effect of the tidal gate in our HEC-RAS modelling?

Answer from ChatGPT:

In HEC-RAS, modeling a river with a tidal gate at the downstream end requires special attention to the gate's operation and the effects of tides. Here's how you can consider the tidal gate in your 1D river modeling:

1. **Define the Boundary Conditions:**
   - For the downstream end of the river where the tidal gate is located, you'll need to define an unsteady flow boundary condition.
   - You can set a **stage hydrograph** to represent the tidal influence, where the water level fluctuates over time. This data can come from tidal records or predicted tidal levels.

2. **Modeling the Gate:**
   - HEC-RAS allows you to include **gated structures** within your model. The tidal gate can be modeled as an inline structure using the **gate options** under the **Inline Structures** tab.
   - Define the **gate type** (e.g., sluice gate, radial gate, etc.) and specify the operational rules for the gate. For instance, you can set how the gate opens and closes based on river stage or other conditions.

3. **Gate Operation Rules:**
   - You need to specify when the gate opens or closes based on the upstream or downstream water levels (e.g., the gate might close when the tide is high to prevent backflow into the river).
   - These rules can be set using **gate operations**, where you can input time-based or stage-based conditions for the gate to function.

4. **Effect on Flow:**
   - The tidal gate will affect the hydraulic properties (like flow depth and velocity) in the downstream portion of the river. The gate's operation could restrict or allow flow, influencing water levels upstream of the gate.
   - Use the **Unsteady Flow Analysis** to simulate how the gate impacts river behavior during various tidal conditions.

5. **Calibration and Validation:**
   - After setting up the tidal gate, calibrate the model using observed data (e.g., water levels or flow measurements upstream and downstream of the gate) to ensure the model accurately represents the real-world conditions.

By properly defining the boundary conditions, gate operations, and using the correct flow analysis, you can simulate the effect of a tidal gate on your river system within HEC-RAS.

Sunday, 30 June 2024

Pertukaran website menggunakan wordpress (berbayar) dan hosting (berbayar) ke blogspot (percuma)

Setelah menggunakan wordpress sebagai CMS dan hosting daripada Server Freak yang kedua-duanya berbayar, akhirnya saya mengambil keputusan untuk pindahkan semua kandungan website tersebut ke blogspot. Website yang beralamat http://zulkarnainhassan.com yang mengambil nama saya terpaksa di turunkan dan menggunakan alamat yang baru iaitu http://zulkarnain-unimap.blogspot.com. Tujuan website baru menggunakan blogspot diwujudkan bagi memastikan kandungan website saya akan sentiasa wujud, walaupun saya sudah tiada dan diharapkan, dapat dimanfaatkan sehingga bila-bila, mungkin sehingga blogspot ditamatkan perkhidmatan oleh Google.



Website wordpress tersebut sebenarnya dibayar nama domainnya termasuk hosting, dan perlu dibayar setiap tahun. Bermakna, jika tidak bayar langganannya, website tersebut akan diturunkan oleh pembekal perkhidmatan. Itulah kelemahannya terutama kita ingin kandungan website tersebut dapat dibaca oleh orang ramai sampai bila-bila.

Walaupun telah bertukar ke blogspot, saya boleh sahaja untuk kekalkan nama domain ini (zulkarnainhassan.com), tapi mungkin sekarang sudah masanya untuk saya guna sahaja nama website yang diberi oleh blogspot. Kebaikan jika kita melanggan domain dan hosting yang saya nampak, website kita mudah di index di dalam search engine seperti Google mahupun Bing. Jika nama sudah popular di search engine, saya harapkan ramai orang akan tahu kewujudan saya terutama penyelidik dan pelajar-pelajar yang berpontensi untuk menyambung pengajian. Walaupun begitu, sejak 7 Ogos 2015 sehingga kini, 30 Jun 2024, iaitu hampir 10 tahun melanggan domain dan hosting, tiada langsung prospek pelajar mahupun penyelidik yang menghubungi saya bagi melanjutkan pelajaran mahupun kerjasama penyelidikan. Oleh itu, saya berangapan, langanan selama ini tidak memberi impak kepada nama dan penyelidikan saya. 

Oleh itu, saya berharap dengan hijrah ke blogspot ini, akan meningkatkan produktiviti saya ke arah bidang penyelidikan dan perundingan. Saya pun sudah naik pangkat ke Profesor Madya, apa lagi yang perlu saya kejar? Mungkin saya akan slow down dalam beberapa tahun sebelum memula langkah untuk seterusnya, iaitu target baru untuk dilantik ke Profesor, insyaAllah.

Doakan kesihatan dan kejayaan saya. Semoga kita semua berjaya dalam bidang yang kita ceburi.

Saturday, 29 June 2024

Local Sensitivity Analysis in the Hydrological Modelling

I found a good article on conducting sensitivity analyses. The details of the method are available at this link.

Adnan, Nor Aizam (2010) Quantifying the impacts of climate and land use changes on the hydrological response of a monsoonal catchment. University of SouthamptonSchool of GeographyDoctoral Thesis272pp.

___________________

Definition: Sensitivity analysis is a method for determining which model parameters have the greatest impact on the runoff hydrograph results. Local sensitivity analysis was chosen.

Method: Using local analysis, the effects of each input parameter are calculated separately, with the other parameters kept constant or at their initial values. The analysis was done by
adjusting the input model parameters using 10-30% from the initial model input (i.e. calibrated model parameters) parameters. Relative variation in the model output was calculated as:


where Ot is the value of the output variable for a given simulation, and Ob is the value of the initial output. Then, the model was run again, and simulations were compared using initial input parameters and different values according to the above percentage values. Based on the derived results, the sensitivity index is calculated for each sub-basin according to its effect on the peak flow, runoff volume, total direct runoff, total baseflow and total loss. The sensitivity index was calculated as follows (Al-Abed and Whitley, 2002):


where Si is the sensitivity index, O_1 and O_2 are the model output values corresponding to I_1 and I_2, which represent the smallest and largest input values (which in this study were 30% for a given parameter), and I_ave and O_ave are the averages of I_1, I_2, O_1, and O_2, respectively.

The rank of parameters (R_p) from the most sensitive to least sensitive to the hydrograph output was performed using the absolute average sensitivity index as shown in the equation as follows:

References:

  1. Al-Abed N, Whitely HR. 2002. Calibration of the hydrological simulation program fortran (HSPF) model using automatic calibration and geographical information systems. Hydrological Processes 16(6): 3169-3188.

Wednesday, 12 June 2024

Resampling atau Convert Data .Las ke .Tif (Las to Raster)

Bila dapat data Lidar dalam bentuk .las dan kita nak convert ke bentuk raster, misalnya dalam format .tif, kita akan guna plugin “las to raster” dalam arcgis. Proses convert ini kita panggil resampling (betulkan jika saya salah). Bila nak resampling, kita sebenarnya kena bermain dengan nilai cell size. Jika nilai cell size makin kecil, lagi tinggi resolution raster tersebut. Misalnya, saya cuba ubah size cell size ke 0.1, baru resolution nampak lagi bagus, cuma nanti size utk raster ini akan makin besar. Baru akan nampak kedalaman longkang-longkang yang telah dicerap oleh data Lidar berkenaan. Menarik sungguh GIS dan remote sensing. Bak kata SV, bila pandai GIS, result kita akan nampak lagi cantik dan menarik.

Lidar data yang diprojek dalam ArcGIS

Resampling ke Raster (Cell Size = 100)

Resampling ke Raster (Cell Size = 1)

Resampling ke Raster (Cell Size = 0.1)


Sumber: https://gis.stackexchange.com/questions/288466/blocky-raster-from-tin-how-to-increase-resolution

Saturday, 30 March 2024

Tahniah Aisyah telah lulus viva peringkat sarjana!

Alhamdulillah, syukur nikmat kepada Allah swt, dengan limpah kurnianya, pelajar ke-2 sarjana saya, iaitu Nor Aisyah Syafiqah binti Nordin telah berjaya membentangkan thesisnya yang bertajuk “Impacts of Land use and Land Cover Change on Inflow Simulation of Timah Tasoh Reservoir Using The HEC-HMS Model”.

Terima kasih tidak terhingga kepada pemeriksa luar iaitu Prof Madya Dr Mohd Remy Rozainy Mohd Arif Zainol daripada Universiti Sains Malaysia (USM) dan juga pemeriksa dalaman iaitu Prof Madya Ts Dr Norazian Mohamed Noor (UniMAP) yang telah bertungkus lumut menyemak dan membaiki thesis pelajar.



Sesi viva ini dipengerusikan oleh Prof Madya Ts Dr Sara Yasina Yusuf dan dihadiri oleh wakil dekan iaitu Ir Dr Mohd Asri Ab Rahim. Terima kasih juga pada mereka berdua.

Akhir sekali, saya ingin berterima kasih pada pihak CGS terutama Prof Madya Dr Rafiza Abd Razak dan Encik Hairuz Fadzlee Hashim yang mengurus hal ehwal pelajar serta sesi viva kali ini.

Tidak lupa juga pada pemeriksa-pemeriksa yang telah menyemak thesis pelajar semasa sesi pra-viva, iaitu Dr Mahyun, Dr Salwa dan juga Dr Amira, serta semua pihak yang langsung dan tidak langsung sehingga kejayaan pelajar lulus dalam sesi viva ini. Terima kasih!


Wednesday, 27 March 2024

Kenaikan Pangkat Sebagai Profesor Madya

 


Alhamdulillah, pada 1 April 2024, saya telah di promote dan naik pangkat sebagai Profesor Madya di Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Terkejut juga menerima berita ini, dan juga amat berbesar hati kerana kepayahan dan cabaran yang dihadapi sepanjang 8 tahun (2016-2024) berkhidmat di UniMAP, akhirnya diberi penghormatan dengan kenaikan pangkat ini. Alhamdulillah, saya bersyukur sangat-sangat dengan pencapaian ini, ini semua doa yang tidak putus daripada orang yang menyayangi saya, terutama isteri dan anak, dan orang-orang yang disekeliling saya yang sentiasa memberi dorangan dan panduan.

Thursday, 22 February 2024

Kajian di Kawasan Tadahan Air yang Mengalir Masuk ke Empangan Timah-Tasoh, Perlis

Ini projek pertama saya di negeri Perlis. Tahniah pada pelajar sarjana saya yang kedua, Aisyah Syafiqah yang berjaya menerbitkan dalam proceeding paper, https://iopscience.iop.org/…/1755-1315/1303/1/012029. Dalam paper ini, kita mengenalpasti lokasi sebenar kawasan tadahan bagi sungai-sungai yang mengalir masuk ke dalam empangan. Rasanya, kajian ini yang antara pertama dapat menghasilkan kawasan tadahan yang sebenar berbanding kajian yang lain yang hanya berfokus pada aliran sungai semata-mata tanpa mengambil kira tadahan yang sebenar. Akhirnya, pemodelan menggunakan HEC-HMS berjaya dibuat dengan kalibrasi dan validasi pada dua aliran sungai yang telah disukat oleh JPS. Model HEC-HMS ini bukan sahaja dapat simulasi kadar aliran air yang masuk ke dalam empangan, ianya juga dapat simulasi kadar aliran bagi setiap kawasan tadahan. InsyaAllah, nanti kami akan hasilkan satu penerbitan lain bagi melihat water yield bagi kawasan tadahan disini.



Dalam paper ke-2 yang diterbitkan dalam proceeding paper yang sama (https://iopscience.iop.org/…/1755-1315/1303/1/012030), Aisyah cuba melihat kesan pembangunan dan “deforestation” yang berlaku didalam kawasan tadahan. Walaupun begitu, parameter yang melibatkan penggunaan tanah (land use) tidak begitu sensitive. Kami ada membuat sensitive analysis, cuma pelaporan tidak diletak dalam paper ini. Mungkin, kami kena cari model lain seperti SWAT untuk melihat kesan pembangunan yang lebih baik berbanding dengan model yang sediaada kami guna ini, iaitu HEC-HMS.

Saya doakan semoga viva yang bakal dijangkakan pada bulan ramadan ini, berjaya dan Aisyah dapat pass dengan baik.