Thursday, 22 February 2024

Kajian di Kawasan Tadahan Air yang Mengalir Masuk ke Empangan Timah-Tasoh, Perlis

Ini projek pertama saya di negeri Perlis. Tahniah pada pelajar sarjana saya yang kedua, Aisyah Syafiqah yang berjaya menerbitkan dalam proceeding paper, https://iopscience.iop.org/…/1755-1315/1303/1/012029. Dalam paper ini, kita mengenalpasti lokasi sebenar kawasan tadahan bagi sungai-sungai yang mengalir masuk ke dalam empangan. Rasanya, kajian ini yang antara pertama dapat menghasilkan kawasan tadahan yang sebenar berbanding kajian yang lain yang hanya berfokus pada aliran sungai semata-mata tanpa mengambil kira tadahan yang sebenar. Akhirnya, pemodelan menggunakan HEC-HMS berjaya dibuat dengan kalibrasi dan validasi pada dua aliran sungai yang telah disukat oleh JPS. Model HEC-HMS ini bukan sahaja dapat simulasi kadar aliran air yang masuk ke dalam empangan, ianya juga dapat simulasi kadar aliran bagi setiap kawasan tadahan. InsyaAllah, nanti kami akan hasilkan satu penerbitan lain bagi melihat water yield bagi kawasan tadahan disini.



Dalam paper ke-2 yang diterbitkan dalam proceeding paper yang sama (https://iopscience.iop.org/…/1755-1315/1303/1/012030), Aisyah cuba melihat kesan pembangunan dan “deforestation” yang berlaku didalam kawasan tadahan. Walaupun begitu, parameter yang melibatkan penggunaan tanah (land use) tidak begitu sensitive. Kami ada membuat sensitive analysis, cuma pelaporan tidak diletak dalam paper ini. Mungkin, kami kena cari model lain seperti SWAT untuk melihat kesan pembangunan yang lebih baik berbanding dengan model yang sediaada kami guna ini, iaitu HEC-HMS.

Saya doakan semoga viva yang bakal dijangkakan pada bulan ramadan ini, berjaya dan Aisyah dapat pass dengan baik.

No comments:

Post a Comment