Pada 21hb September 2024, bekas pelajar sarjana dibawah seliaan saya bersama PM Dr Remy (USM) telah menerima anugerah pingat Emas untuk Tesis Terbaik Sumber Air dan Hidrologi bagi kategori sarjana (master) sempena Hari Sungai Sedunia anjuran Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia. Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penganjur dan juga para panel yang telah memilih tesis ini.
Dengan ini, Zahran membawa pulang sijil penghargaan serta wang tunai sebanyak RM 950. Dengan anugerah ini, dapat menyuntik semangat Zahran untuk menyambung pengajian ke peringkat seterusnya, insyaAllah.


No comments:
Post a Comment