Alhamdulillah, pada sidang kali ini, saya menerima enam (6) pelajar tahun akhir yang diletakkan di bawah seliaan dan tanggungjawab saya. Pelbagai cabaran dan dugaan telah ditempuh bersama-sama. Sepanjang penyeliaan, saya sedar ada masanya saya memarahi mereka atau meninggikan suara kepada mereka, tetapi kesemuanya dilakukan bagi menjadikan mereka pelajar FYP yang hebat dan mendapat markah terbaik. Saya sentiasa berdoa dan berharap semua pelajar seliaan saya ini berjaya dan menjadi orang yang hebat dalam bidang yang mereka ceburi nanti.
Jumpa lagi!.

No comments:
Post a Comment