Friday, 31 July 2026
Geran Dalaman: Geran Pascasiswazah Fasa 1/2026
Alhamdulillah, saya menerima berita baik dimana menerima geran dalaman daripada Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), iaitu Geran Pascasiswazah Fasa 1/2026 untuk pelajar Phd saya yang bernama Nini Apriani Rumata bagi tajuk kajian iaitu "Impact of Land Change on Flood Disaster in Makassar City". Geran ini akan membiyai yuran pengajian phd selama 2 semester yang bernilai RM 8,000. Diharap dengan penerimaan geran ini, ianya dapat membantu dan meringgankan beban pelajar saya ini dalam meneruskan pengajian phd dibawah seliaan saya. Untuk makluman, Nini merupakan pelajar antarabangsa yang berasal daripada Indonesia dan membiyai yuran pengajiannya dengan duitnya sendiri (self-fund).
Terima kasih UniMAP atas geran dalaman ini dan saya bersyukur atas pengiktarafan ini.

No comments:
Post a Comment